PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan terus menerajui kelab bola sepak itu buat selama-lamanya.
Tunku Ismail berkata, tindakan itu dibuat sebagai menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang mahukannya meneruskan tanggungjawab menguruskan skuad Harimau Selatan.
Jelas Tunku Ismail, keputusan untuk meninggalkan tugas di JDT sebelum ini kerana sudah letih selepas 10 tahun bekerja keras membangunkan kelab tersebut.
“Dengan COVID-19 dan ekonomi sekarang, kadang-kadang penaja tarik balik tajaan, terpaksa saya yang tambah.
"Contoh duit bonus 100 peratus saya yang tanggung, duit penaja hanya gaji, penyelenggaraan stadium dan sebagainya.
“Jadi saya letih juga sebab saya pun manusia, 10 tahun saya ingat OK, saya nak berehat sedikit. Tapi saya menjunjung titah Tuanku.
“Baginda bertitah kepada saya, JDT itu adalah awak, awak itu adalah JDT. Awak tak boleh tinggalkan JDT, awak yang melahirkan JDT.
"Macam mana atuk moyang kita melahirkan negeri Johor, macam itu juga awak dengan JDT," katanya pada majlis perjumpaan bersama penyokong JDT di bilik sidang media Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin.
Tunku Ismail berkata, akan menjaga negeri Johor dan JDT untuk selama-lamanya.
Pada 9 Jun lalu, Tunku Ismail mengejutkan arena bola sepak tempatan apabila mengumumkan mengundur diri daripada pengurusan kelab JDT.
Namun, Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards ketika itu mengesahkan Tunku Ismail masih kekal selaku pemilik kelab gergasi dari selatan tanah air itu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 28 2022
Tunku Ismail berkata, akan menjaga negeri Johor dan JDT untuk selama-lamanya. -Gambar fail/Facebook HRH Crown Prince of Johor
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
TMJ pelawa Figo ke JB soal pembangunan bola sepak negara
Tunku Ismail meluangkan masa bertemu dengan legenda bola sepak dunia, Luis Figo di Sepanyol.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Matyo sudah gantung but?
Bekas penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha, menimbulkan persoalan sama ada dia akan mengumumkan persaraan dalam masa terdekat.
Pra-musim: JDT tampil segak, seragam bertolak ke Sepanyol
Johor Darul Ta'zim (JDT) menuju ke Sepanyol untuk persiapan akhir sempena menghadapi kempen Liga Malaysia, bulan depan.
Pecahkan dominasi JDT musim ini - Azman Adnan
Sudah tiba masanya pencabar lain mengembangkan sayap dan memecah dominasi mahkota kejuaraan Liga Super 10 kali berturut-turut.
Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 berlangsung 10 Mei
Saingan Liga-M musim depan akan membuka tirai dengan aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC pada 10 Mei.
JDT menang bergaya dengan jersi baharu
Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) cemerlang mengatasi pasukan dari Singapura, Lion City Sailors, 4-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim.
Penjaga gol 'bertopeng' JDT cetus tanda tanya
Johor Darul Ta'zim (JDT) menampilkan kelainan ketika memperkenalkan jersi baharu bagi barisan penjaga gol menjelang musim baharu Liga Super.
JDT perkenal jersi ketiga
Johor Darul Ta'zim (JDT) baru sahaja memperkenalkan jersi ketiga yang akan digunakan untuk musim 2024/25.