awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lihat pangkat yang terlibat, indikasi isu besar di MINDEF - Azam Baki
Ant sokong piawaian dagangan AI Google, beri petunjuk integrasi TNG eWallet
Perlis disaran contohi model Singapura dalam pembangunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya mahu kekal bersama Manchester United - Bruno Fernandes

Astro Arena
Astro Arena
11/10/2025
03:50 MYT
Saya mahu kekal bersama Manchester United - Bruno Fernandes
Bruno Fernandes. - Gambar fail/REUTERS
KAPTEN Manchester United, Bruno Fernandes, menjawab dakwaan yang mengaitkan dirinya akan berkelana mencari angin baru di Liga Arab Saudi.
Fernandes berkongsikan fokus utamanya ketika ini adalah bersama The Red Devils dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2025/26 dan memacu Portugal untuk layak ke kempen Piala Dunia 2026.
Terdahulu, khidmatnya ditagih Al-Hilal dan Al-Nassr dengan menawarkan gaji empat kali ganda berbanding di Old Trafford.
"Perkara itu tidak pernah ada dalam fikiran saya, saya mahu kekal di Manchester United dan kelab mahukan saya kekal.
"Saya menikmati waktu ini, perkara paling penting sekarang adalah mewakili pasukan kebangsaan.
"Ia adalah satu kebanggaan dapat beraksi meskipun masih tidak tahu saya akan turun beraksi, apatah lagi jika saya akan tinggalkan Manchester United dalam tempoh setahun ini.
"Saya gembira di mana saya berada, jika tidak maka saya tidak akan kekal." katanya.
Perancang tengah berusia 31 tahun itu menyertai United dari Sporting Lisbon pada 2019, dengan kini telah mengumpul 298 penampilan dan menjaringkan 100 gol selain kontrak Fernandes bakal berakhir pada 2027.
Bruno Fernandes: I didnt close the door to move to Saudi because of the World Cup that was never on my mind. I just wanted to stay at the club, and the club wanted me to stay. Thats all. pic.twitter.com/pzMdyBnXzP
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 10, 2025
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Portugal
#Bruno Fernandes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan