Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menegaskan bahawa beliau tidak pernah menggunakan bahan larangan sebagai jalan pintas untuk mencapai pelbagai kejuaraan di dalam mahupun di luar negara.
Pemain nombor satu dunia itu, yang disahkan positif dalam sampel B ujian antidoping Jumaat lepas kerana menggunakan bahan terlarang jenis 'dexamethasone', mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya atas sokongan tidak berbelah bahagi pada masa sukar ketika ini.
"Ada begitu banyak persoalan yang tidak dijawab dan saya harap untuk membersihkan nama saya dalam masa terdekat. Saya tidak sama sekali menipu atau bergantung kepada bahan-bahan larangan," katanya di laman sosial Facebooknya hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz menggesa pihak-pihak tertentu supaya tidak membuat sebarang ulasan lanjut sehingga panel pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) membuat keputusan kes Chong Wei itu.
"Adalah amat tidak sesuai untuk membuat ulasan lanjut dengan tidak menghormati prosedur BWF dan tindakan ini mungkin akan menjejaskan peluang atlet kita dalam proses sebutan kes.
"Saya benar-benar memahami dan menghormati keinginan masyarakat untuk dimaklumkan tetapi untuk mengimbangi antara keperluan dan keperluan kritikal bagi mengekalkan integriti siasatan terperinci yang dijalankan adalah perkara yang amat penting," kata Dr Ramlan dalam kenyataan di laman Facebook ISN hari ini.
Beliau berkata adalah penting bagi orang ramai menghormati privasi atlet dalam berdepan dengan cabaran besar kepada nama baik dan reputasinya.
Dr Ramlan meminta pihak-pihak tertentu tidak menyalahkan ISN secara langsung atas kegagalan mereka mengawasi sejarah pengambilan ubat oleh Chong Wei.
"Kami tidak merasa terdorong untuk memartabatkan sungutan yang negatif, tidak bertanggungjawab dan tidak produktif dengan sebarang respons kepada mereka pada ketika ini. Kami lebih rela untuk menumpukan usaha bagi terus membantu atlet kita dalam masa yang penuh sukar ini," katanya.
"Kami akan melakukannya dengan baik untuk menyokong atlet itu yang telah memberikan banyak kegembiraan kepada kita semua dengan hasil pencapaian selama bertahun-tahun.
Lebih baik kami berdiri di belakangnya dan sabar menunggu proses ini diselesaikan dengan kebanyakkan persoalan jika tidak semua akan dijawab," kata Dr Ramlan.
Chong Wei berdepan penggantungan selama dua tahun oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA) namun akan diberi peluang membela diri apabila Jawatankuasa Panel Pendengaran BWF melakukan siasatan dalam usaha mengurangkan hukumannya.
Bernama
Mon Nov 10 2014
Pemain nombor satu dunia itu mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya atas sokongan tidak terbelah bahagi pada masa sukar ketika itu. - Sumber Foto/Astro Arena
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
ISN nafi jadi punca kelewatan perbicaraan kes doping libatkan Chong Wei
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz menafikan pihaknya sebagai punca kelewatan perbicaraan kes doping membabitkan Datuk Lee Chong Wei.
'Saya tidak pernah guna bahan larangan untuk capai kejayaan' - Chong Wei
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menegaskan bahawa beliau tidak pernah menggunakan bahan larangan sebagai jalan pintas untuk mencapai pelbagai kejuaraan di dalam mahupun di luar negara.
'Terdapat atlet tempatan guna bahan terlarang'
Ketua Agensi Anti-Doping Malaysia Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz mengakui terdapat atlet tempatan yang positif menggunakan bahan terlarang.