JAMES Milner meluahkan pendiriannya apabila menentang cadangan pembentukan Liga Super Eropah (ESL).
Pemain tengah veteran Liverpool itu bercakap selepas mereka seri 1-1 menentang kelab akademinya, Leeds United, di Elland Road, awal pagi tadi, selepas dibayangi pengumuman kontroversi penganjuran sebuah kejohanan baru di peringkat benua, kelmarin.
The Reds adalah salah sebuah daripada 12 kelab terbabit dan keenam-enam kelab utama Liga Perdana Inggeris (EPL) telah menyatakan persetujuan untuk menyertai pertandingan elit baru yang menetapkan keahlian tetap 15 pasukan tetapi peluang terhad buat pasukan lain kerana perlu memenuhi syarat tertentu.
Badan induk antarabangsa termasuk Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) turut mengecam keras tindakan itu dan selepas perlawanan, Milner menyusuli tindakan berani pengurusnya, Jurgen Klopp, yang membawa mesej bertentangan dengan pemilik Liverpool yang berpangkalan di Boston, Fenway Sports Group.
"Saya hanya boleh menyatakan pendapat peribadi saya. Saya tidak menyukainya dan mudah-mudahan ia tidak berlaku," kata bekas pemain Manchester City itu kepada Sky Sports.
"Sulit bagi kami untuk mencuba membuat persiapan menghadapi perlawanan. Saya hanya dapat membayangkan apa yang telah diperkatakan (Klopp) dan mungkin bersetuju dengan kebanyakannya."
Peminat Leeds melakukan demonstrasi di luar stadium menentang penubuhan Liga Super Eropah sementara barisan pemain tuan rumah memanaskan badan seragam yang mencabar Liverpool agar meraih kelayakan UCL dengan cara yang betul.
Dalam perlawanan itu, Sadio Mane meletakkan The Reds di depan tetapi tandukan lewat Diego Llorente menafikan kemenangan pelawat untuk memintas pasukan di tangga keempat, West Ham, menerusi perbezaan gol.
"Pemain tiada suara. Saya rasa kata-kata aluan di atas padang itu agak tidak adil," tambah Milner.
"Kami di sini untuk bermain bola sepak dan (situasi ESL ini) di luar kawalan kami."
Astro Arena
Tue Apr 20 2021
Reaksi James Milner ketika perlawanan EPL antara Leeds United dan Liverpool di Stadium Elland Road, Leeds, England, 19 Apr, 2021. (Foto AP)
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Brighton umum tandatangani Milner secara percuma dari Liverpool
Bekas pemain antarabangsa England itu telah bersetuju dengan kontrak setahun di Stadium Amex, dengan pilihan untuk kekal selama 12 bulan.
Milner sah tinggalkan Liverpool
Roberto Firmino, Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain juga disahkan tidak akan disambung kontrak.
Milner sepatutnya dilayangkan kad kuning kedua - Guardiola
Guardiola berasakan pengadil, Paul Tierney, telah melakukan kesilapan kerana tidak melayangkan kad kuning kedua buat Milner.
Saya tidak suka Liga Super Eropah - Milner
Selepas perlawanan, Milner menyusuli tindakan berani Klopp, yang membawa mesej bertentangan dengan pemilik Liverpool yang berpangkalan di Boston, Fenway Sports Group.
James Milner berseloroh akan sokong Manchester United
Pemain Liverpool, James Milner, berseloroh akan menyokong Manchester United.
Liverpool akan bangkit kembali!
James Milner mengakui kesilapannya sebagai punca kekalahan Liverpool dan perlu baiki prestasi pada perlawanan akan datang.
EPL: Alexandre Lacazette muncul penyelamat Arsenal
Jaringan tersebut sekali gus mengagalkan hasrat The Reds untuk pulang dengan tiga mata penuh.
Van Dijk ledak gol kemenangan dalam aksi sulung
Pertahanan termahal dunia, yang menyempurnakan perpindahan dari Southampton sebanyak GBP75 juta (RM406 juta) bulan ini, menanduk masuk gol enam minit sebelum perlawanan berakhir.
Milner enggan kembali menyarung jersi England
Pemain berusia 30 tahun itu -- yang sebelum ini beraksi di bahagian tengah -- memulakan musim baru di posisi bek kiri namun telah berjaya menyumbang empat gol buat The Reds.