awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Nigeria lancar operasi cari 28 pengembara diculik di wilayah tengah
Norway perkenal ujian darah untuk kesan perubahan otak berkaitan Alzheimer
Negara perlu cepat adaptasi ilmu AI, garis panduan keselamatan - MCCA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sayang... (MAS 1 - 2 UAE)

Israr Khalid
Israr Khalid
10/09/2019
14:48 MYT
Sayang... (MAS 1 - 2 UAE)
Syafiq Ahmad (tengah) meraikan jaringan gol pertama pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2030 menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - Foto BERNAMA
Harimau Malaya sudah sebelah tangan menyentuh tiga mata apabila Syafiq Ahmad meledak seawal minit pertama.
Hantaran cantik Matthiew Davies ditanduk masuk Syafiq ke gawang UAE, menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil dan juga restoran-restoran mamak di serata negara.
Malaysia bermain cukup cemerlang, bertubi-tubi serangan dilancarkan dan kelihatan pelawat jarang sekali dapat menguasai bola. Nampak begitu garang Harimau kita malam ini.
Bagaimanapun ada sebab mengapa kita masih berada di tangga ke-159, kita mudah alpa. Kealpaan sejenak anak buah Tan Cheng Hoe ketika dua minit sebelum separuh masa pertama tamat dihukum pasukan yang berada di kedudukan ke-62 dunia untuk menyamakan kedudukan menerusi Ali Mabkhout.
Bermula kembali permainan di babak kedua, permainan kelihatan lebih seimbang. Penguasaan bola saling berganti dan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.
Beberapa pertukaran dibuat Cheng Hoe, mengeluarkan Norshahrul Idlan Talaha, Muhamadou Sumareh serta Syafiq untuk memasukkan J. Partiban, Syamer Kutti dan Akhyar Rashid bagi menyuntik gelombang kedua dalam pemburuan gol pendahuluan dalam masa yang suntuk.
Bagaimanapun ketika seluruh negara melihat sekurang-kurangnya berkongsi mata dengan lawan, sekali lagi kesilapan kita dihukum pasukan lawan, dan Ali Mabkhout, yang sebelum itu dilayangkan kad kuning selepas bertegang urat dengan Brendan Gan, melengkapkan kebangkitan UAE.
Harimau cuba bangkit dan melancarkan serangan habis-habisan untuk meruntuhkan benteng lawan, satu demi satu larian, hantaran dan rembatan dilepaskan tetapi sayang, bukan rezeki kita malam ini.
Topic Berkaitan
#Emiriah Arab Bersatu
#kelayakan Piala Dunia 2022
#Malaysia
#Matthew Davis
#Piala Asia 2023
#UAE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan