PETALING JAYA: Bekas penjaga gol Australia Mark Schwarzer, percaya juara empat kali Jerman, akan membawa pulang Piala Dunia buat kali kelima pada edisi di Qatar, tahun ini.
Schwarzer berkata pasukan 'Die Mannschaft' itu telah berubah dengan cemerlangnya sejak pengurus Bayern Munich Hansi Flick, yang membimbing pasukan itu memenangi gelaran Juara Liga UEFA musim 2019/2020, mengambil alih pasukan itu daripada Joachim Low selepas Euro 2020, tahun lepas.
"Saya rasa pasukan Jerman di bawah kendalian Flick amat berbeza sekali, dari segi kesatuan pasukan kepada kelebihan taktikal oleh pengurus pasukan, amatlah menakjubkan.
"Flick telah buktikannya sebelum ini semasa bersama Bayern Munich dan kini beliau lakukannya pada pasukan Jerman, anda boleh lihat para pemain sukakan beliau dan mengunakan ideanya," katanya pada sidang media kempen Piala Dunia 2022 di sini pada Khamis.
Malah bekas penjaga gol Middlesbrough dan Chelsea itu menyatakan, pemain tengah Jerman Jamal Musiala, 19, yang pada ketika ini bermain untuk Bayern Munich, merupakan pemain yang perlu diperhatikan di Qatar nanti.
"Walaupun Musiala masih muda, tetapi saya rasa beliau telahpun menjadi seorang pemain yang matang dan sangat bagus permainannya sejak dua tahun lepas," katanya.
Ditanya mengenai peluang pasukan negaranya di Piala Dunia, bekas pemain berusia 49 tahun itu mengakui bahawa, Australia tidak mempunyai kualiti yang diperlukan untuk memberi cabaran terutamanya apabila diundi dalam kumpulan bersama juara bertahan Perancis, selain Denmark dan Tunisia dalam Kumpulan D.
Sementara itu bekas pemain tengah Belanda Philip Cocu menyatakan bahawa juara lima kali Brazil, akan berhadapan tekanan untuk beraksi dengan baik dan memenangi piala itu buat kali keenam, selepas buat kali terakhir memenanginya dua dekad lepas pada edisi Korea Selatan dan Jepun.
"Tekanan tentunya pada Brazil, kerana seluruh rakyatnya mahukan mereka menang Piala Dunia lagi sekali," katanya.
Astro, penyiar rasmi Piala Dunia FIFA Qatar 2022, akan menyiarkan kesemua 64 perlawanan secara langsung sepanjang kejohanan itu yang bermula dari 21 Nov hingga 18 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 01 2022
Astro akan menyiarkan kesemua 64 perlawanan secara langsung sepanjang kejohanan itu yang bermula dari 21 Nov hingga 18 Dis.
Piala Thomas: Taiwan lakar kejutan singkir Denmark untuk mara ke separuh akhir
Kejayaan sensasi itu menyaksikan Taiwan berdepan Indonesia dan Malaysia menentang China di pentas separuh akhir pada jam 5 petang hari ini.
Gaji penjawat awam boleh dinaikkan dengan kawalan pengurusan kewangan - PM
Ketegasan dalam menguruskan kewangan juga mampu untuk memberikan lebih banyak manfaat serta barakah selepas ini kepada kumpulan terbabit.
Trio pecut wanita dalam senarai menunggu ke Paris 2024
Trio pecut wanita negara berpeluang beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila berada pada kedudukan pertama senarai menunggu untuk mengambil bahagian di temasya itu.
JAIM bakal perkenal Pusat Tahfiz TVET, tawar kursus selam dasar laut
JAIM bakal menjadikan Maahad Tahfiz Pulau Besar sebagai Pusat Tahfiz Program Pendidikan dan TVET yang turut menawarkan kursus selam dasar laut.
Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
MSPO mampu penuhi permintaan EUDR, kata pakar
Panel pakar pensijilan yang dipanggil oleh MPOC telah menilai keupayaan pensijilan MSPO sebagai instrumen untuk memastikan pematuhan kepada EUDR.
SUKMA XXI bakal bawa limpahan ekonomi kepada Sarawak - Abdul Karim
Pemain industri perhotelan, inap desa dan pengusaha makanan serta pengangkutan di Sarawak bakal menerima limpahan ekonomi daripada penganjuran temasya SUKMA XXI Sarawak 2024.
Minggu Latihan Kebangsaan pupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat - HRD Corp
HRD Corp bakal menganjurkan NTW pada Jun ini, bertujuan menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat melalui peluang meningkatkan kemahiran dan pembelajaran secara percuma.
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Schwarzer jangka Jerman menang Piala Dunia di Qatar
Astro akan menyiarkan kesemua 64 perlawanan secara langsung sepanjang kejohanan itu yang bermula dari 21 Nov hingga 18 Dis.