awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 100 terkorban dalam serangan kumpulan bersenjata di tengah Nigeria - Sumber
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Scotland, Belanda dan Ukraine kekalkan rekod tanpa kalah Piala Sudirman

Bernama
Bernama
22/05/2013
23:27 MYT
Scotland, Belanda dan Ukraine kekalkan rekod tanpa kalah Piala Sudirman
Tiga pasukan iaitu Scotland, Belanda dan Ukraine mengekalkan rekod tanpa kalah pada Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2013 selepas mengalahkan lawan masing-masing di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini hari ini.
Scotland yang diundi dalam Kumpulan A Divisyen Dua bagaimanapun menerima tentangan sengit daripada Sweden sebelum mencatatkan kemenangan 3-2 manakala Belanda yang diletakkan dalam Kumpulan B pula mudah menjinakkan Kanada 4-1.
Kemenangan yang diraih oleh Scotland dan Belanda membolehkan kedua-dua pasukan itu untuk terus menerajui kumpulan masing-masing.
Hanya juara Divisyen Dua layak beraksi dalam Divisyen Satu pada edisi 2015.
Dalam saingan Divisyen Tiga, pendahulu Kumpulan A, Ukraine turut mengekalkan rentak kemenangan selepas mengalahkan Turki 4-1 pada perlawanan ketiga mereka sekali gus mengukuhkan kedudukan selaku peneraju kumpulan itu dengan pungutan tiga mata.
Vietnam pula masih menguasai Kumpulan B Divisyen Tiga walaupun tidak beraksi hari ini berdasarkan tiga kemenangan yang dicatatkan mereka sebelum ini iaitu menewaskan Kazakhstan (5-0), Lithuania (5-0) dan Australia (4-1).
Australia yang beraksi untuk perlawanan ketiga hari ini mencatatkan kemenangan tipis 3-2 ke atas Switzerland untuk berada di tangga kedua kumpulan Kumpulan B Divisyen Tiga dengan dua mata.
Esok, saingan suku akhir Piala Sudirman akan bermula melibatkan pertemuan antara juara lapan kali China menentang Indonesia, Taiwan bertemu Denmark, Korea menentang Jerman dan Jepun menentang Thailand.
Malaysia, selaku tuan rumah, gagal ke suku akhir selepas kalah kepada Taiwan dan Jerman dengan keputusan 3-2 dalam saingan Kumpulan C Divisyen Satu.
Topic Berkaitan
#Belanda
#Bukit Jalil
#Piala Sudirman
#Scotland
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan