Skip to main content

Sukan

Juara Piala AFC, bekas jurulatih Al-Nasr sah sertai kelab Liga Super

Sumber: Stadium Astro
Gimenez turut memiliki rekod menjuarai Piala AFC pada 2019 bersama kelab Lubnan, Al-Ahed, sekali gus menjadi gelaran benua pertama dalam sejarah buat pasukan itu. - Foto Astro ARENA
Advertisement

NEGERI Sembilan membuat persiapan awal menandatangani ketua jurulatih dari Sepanyol, Daniel Gimenez Alcaniz, bagi memperkuat pasukan menjelang saingan Liga Super 2026/27 yang dijangkan bermula Ogos depan.

Dengan pengalaman berkelana di Eropah, Asia dan Afrika, Gimenez mempunyai pencapaian membanggakan apabila pernah merangkul beberapa gelaran domestik di Lubnan dan Sudan.

Pengendali berusia 42 tahun itu turut memiliki rekod menjuarai Piala AFC pada 2019 bersama kelab Lubnan, Al-Ahed, sekali gus menjadi gelaran benua pertama dalam sejarah buat pasukan itu.

Terdahulu, Gimenez mengetuai Al-Nasr dan menamatkan cabaran di kedudukan ketiga Liga Profesional Oman. 

 

Must Watch Video

Advertisement