awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sedia laporan atau hadapi penggantungan, FAM!

Astro Arena
Astro Arena
10/09/2015
13:24 MYT
Sedia laporan atau hadapi penggantungan, FAM!
KHAIRY: FAM diberi tempoh 14 hari untuk menjelaskan tentang insiden itu.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berdepan penggantungan jika Pesuruhjaya Sukan tidak berpuas hati dengan laporan yang perlu disediakan berhubung insiden kekecohan di Stadium Shah Alam, Selasa lepas.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, pejabat pesuruhjaya telah menghantar surat kepada FAM semalam meminta badan induk sukan bola sepak itu mengemukakan laporan berhubung insiden pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi. "FAM diberi tempoh 14 hari untuk menjelaskan tentang insiden itu. Kita perlukan maklumat terperinci sebelum menjatuhkan sebarang hukuman. "Selepas kita mendapat laporan dalam tempoh itu, baru Pesuruhjaya Sukan akan buat keputusan. Kami perlu memberikan hak mereka untuk menjawab," katanya.
Khairy bercakap pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk Program Pembangunan Sukan Pilihan di kementeriannya di sini hari ini antara Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail dengan lima wakil persatuan sukan. MoU itu merangkumi lima jenis sukan iaitu renang, badminton, berbasikal, olahraga dan sepak takraw.
Topic Berkaitan
#FAM
#Khairy Jamaluddin
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#stadium shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan