“Mo Salah! Oh Mane Mane!”
Pemain kesayangan seluruh peminat Liverpool ketika ini sekali lagi menjadi wira buat The Reds apabila menjaringkan gol kemenangan untuk membolehkan pelawat membawa pulang tiga mata berharga menentang Crystal Palace.
Pelawat mempamer aksi longgar ketika berkunjung ke Selhurst Park, dan kecuaian demi kecuaian akhirnya dihukum Luka Milivojevic yang menyempurnakan sepakan penalti seawal minit ke-12 selepas penjaga gol, Loris Karius dilayangkan kad kuning kerana mengasari Wilfried Zaha.
Walaupun sudah dibolosi, penghuni tangga ketiga Liga Perdana Inggeris itu masih gagal memperkemas rentak biarpun menguasai permainan dan beberapa kali hampir dilukai lagi oleh Zaha dan Christian Benteke, mujur bekas penyerang mereka itu gagal menemui penyudah sempurnanya.
Sadio Mane menyamakan kedudukan empat minit selepas babak kedua bermula, barulah barisan anak buah Jurgen Klopp mengatur gerakan yang lebih mengancam benteng pertahanan lawan.
Ketika perlawanan kelihatan akan berakhir dengan kedua-dua pasukan berkongsi mata, larian dan hantaran Alex Oxlade-Chamberlain membuka ruang untuk Andrew Robertson bijak menampan rendah hantaran itu ke tengah kotak penalti, dan Salah tenang menolak bola melepasi kawalan penjaga gol Palace, Wayne Hennessey pada minit ke-84.
Ia merupakan gol ke-37 Raja Mesir itu untuk musim ini setakat ini, dengan hanya dua pemain Liverpool menjaringkan lebih gol dari itu dalam satu musim – Ian Rush dan Roger Hunt.
Pada masa sama, Salah juga menyamai rekod Didier Drogba sebagai pemain Afrika paling banyak jaringan dalam satu musim Liga Perdana dengan 29 gol.
Tidak cukup dengan itu, dia juga telah menemui jaring dalam 21 perlawanan Liga Perdana musim ini, hanya Cristiano Ronaldo dan Robin van Persie yang pernah melakukannya sebelum ini, menjadikannya pemain ketiga selepas mereka yang berbuat demikian sejak 1992 – dan sekarang baru bulan Mac dan ada baki enam perlawanan liga lagi, jangan dilupa saingan Liga Juara-Juara yang masih bernyala.
Adakah mungkin Salah terhenti setakat ini, atau dia akan terus mengganas dan melakar sejarah sebagai pemain terbaik yang pernah beraksi bersama Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris?
Dan baru-baru ini dalam pilihan raya presiden Mesir, didapati kira-kira satu juta undi rosak kerana pemilih memangkah nama calon lain pada kertas undi, dan menulis Mohamad Salah sebagai pilihan mereka sebagai presiden baharu!
Israr Khalid
Sat Mar 31 2018
Mohamed Salah menjadi wira buat The Reds apabila menjaringkan gol kemenangan untuk membolehkan pelawat membawa pulang tiga mata berharga menentang Crystal Palace. -Reuters
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Prestasi Manchester City kembali 'yoyo'
Haaland mengetuai kebangkitan City apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-30 untuk mengikat separuh masa pertama dengan keputusan 1-1.
Liverpool tumbang lagi, Crystal Palace terbang tinggi di Anfield
Pada Ahad, gol minit ke-14 Eberechi Eze menyaksikan Liverpool sekali lagi direbahkan The Eagles asuhan Oliver Glasner di Anfield.
EPL: Roy Hodgson dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital
Pengendali berusia 76 tahun berkenaan sepatutnya menghadiri sidang media menjelang aksi menentang Everton awal pagi Selasa.
Welbeck bantu Brighton ikat Palace
Welbeck meledak menuju 10 minit ke penghujung perlawanan dalam yang berlangsung di Selhurst Park itu.
Ten Hag tiada alasan aksi buruk United
Ia rekod terburuk sejak musim 1989/90 apabila United tewas empat daripada tujuh perlawanan awal liga musim ini.
Penjaga gol Manchester United sertai Crystal Palace
Bayaran perpindahan tidak didedahkan tetapi media Britain melaporkan bahawa Palace akan membayar United 20 juta pound termasuk tambahan.
Crystal Palace ambil keputusan pecat Vieira
Palace berkata, pencarian pengganti Vieira telah bermula dan kemas kini akan diberikan 'dalam masa terdekat'.
Manchester United, Crystal Palace didenda
Kontroversi tercetus selepas Casemiro dilayangkan kad merah kerana mengasari Will Hughes apabila kedua-dua pasukan bertelagah.
Hatrik Haaland lengkap kebangkitan Man City
Anak buah Pep Guardiola ketinggalan dua gol buat kali keempat dalam enam perlawanan EPL, tetapi bangkit untuk menewaskan Palace.
Darwin Nunez janji tidak ulangi sikap baran
Pemain berusia 23 tahun itu akan terlepas pertembungan getir Liverpool dengan Manchester United di Old Trafford Selasa depan.