Indonesia mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada ribuan atlet Asia dalam suasana penuh mesra dan meriah apabila temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 melabuhkan tirainya di Stadium Utama Gelora Bung Karno, di sini malam ini.
Upacara penutupan sukan edisi ke-18 itu berlangsung dalam suasana warna warni serta lebih 60,000 penonton di stadium dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan serta nyanyian oleh artis-artis terkenal Indonesia serta persembahan kumpulan K-pop dari Korea Selatan iaitu Super Junior dan iKON.
Percikan bunga api berwarna-warni menghiasi ruang udara stadium pada majlis yang penuh bermakna bagi atlet Asia yang bertarung selama 14 hari untuk membuktikan keunggulan dalam sukan masing-masing dengan menyaksikan China dinobatkan selaku juara keseluruhan.
China mengumpul 132 emas, 92 perak dan 65 gangsa diikuti Jepun (75-56-74), Korea Selatan (49-58-70) dan tuan rumah Indonesia di tangga keempat dengan 31-24-43 manakala Malaysia menghuni tangga ke-14 dengan tujuh emas, 13 perak dan 16 gangsa.
Majlis dimulakan dengan upacara perarakan kontinjen dengan Malaysia diterajui oleh ketua kontinjen, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi serta 113 atlet dan pegawai.
Susulan perarakan itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo memberi ucapan secara langsung menerusi sidang video diikuti ucapan terima kasih oleh Timbalan Presiden, Jusuf Kalla.
Presiden Indonesia itu tidak dapat hadir pada majlis itu kerana sedang melawat mangsa gempa bumi di Lombok, Barat Nusa Tenggara.
Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA), Sheikh Ahmad Al-Fahad Al-Sabah kemudian mengambil tempat di pentas dengan menyampaikan ucapan penghargaannya kepada kerajaan Indonesia atas kejayaan negara itu menganjurkan temasya sukan tersebut.
Beliau kemudian mengisytiharkan Sukan Asia 2018 dengan tema 'Energy of Asia' ditutup dengan rasminya dan bendera OCA kemudian diturunkan,
Indonesia kemudian menyerahkan obor dan bendera Sukan Asia kepada China sebagai tuan rumah edisi ke-19 pada 2022.
Gabenor Jakarta, Anies Baswedan menyerahkan bendera dan obor tersebut tersebut kepada Datuk Bandar Hangzhou, Xu Liyi dan Presiden Jawatan Olimpik China, Gou Zhongwen.
Bandaraya Hangzhou menjadi bandar raya ketiga China menjadi tuan rumah pada 2022 selepas Bejing pada 1990 dan Guangzhou pada 2010.
Tumpuan penonton kemudian terarah kepada obor temasya yang dipadamkan selepas dinyalakan sejak majlis perasmian 18 Ogos lalu.
Lebih 11,000 atlet dan pegawai dari 37 negara mengambil bahagian dalam 40 jenis sukan pada temasya yang diadakan di Jakarta dan palembang.
Ini merupakan kali kedua Indonesia menjadi tuan rumah selepas edisi 1962 di Jakarta.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 02 2018
Anies Baswedan mengucup obor kejohanan sebelum diserahkan kepada Gou Zhongwen sebagai simbolik menjadi tuan rumah bagi Sukan Asia Ke-19 di Hangzhou pada majlis penutupan Sukan Asia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, 2 Sept, 2018. --fotoBERNAMA
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.
Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.
Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.
Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA
Katanya, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada atlet muda di Malaysia dan seluruh dunia.
UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.
Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.
Sukma 2024: Selangor optimis capai kedudukan tiga teratas
Selangor turut meletakkan sasaran memenangi 13 hingga 15 peratus daripada keseluruhan 488 pingat emas yang dipertandingkan.
Hanya 20 peratus atlet terlibat program celik kewangan, persaraan - Shalin Zulkifli
Hanya 20 peratus daripada lebih 500 atlet kebangsaan yang menyertai program celik kewangan.
Atlet, legenda sukan suarakan solidariti untuk Gaza
Atlet, tokoh dan peminat sukan bersolidariti menunjukkan sokongan kepada Palestin dan mengecam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.