ATLET, tokoh dan peminat sukan bersolidariti menunjukkan sokongan kepada Palestin dan mengecam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Legenda Manchester United dan bekas bintang Perancis, Eric Cantona antara yang mempersoalkan sikap dunia terhadap Israel.
"Adakah masih ada yang membela penjenayah ini? Adakah masih ada yang tidak mengutuk penjenayah? Adakah masih ada yang masih memberi senjata kepada penjenayah ini? Adakah masih ada yang tidak akan memanggil ini sebagai pembunuhan beramai-ramai? Adakah masih ada yang tidak akan mengalirkan air mata atas kekejaman ini?" Cantona, 58, menulis di Instagram.
Cantona sejak Oktober tahun lalu sudah secara terang-terangan menyatakan pendiriannya, dengan membuat hantaran di Instagram berkenaan kepentingan memahami maksud slogan 'Free Palestine' kepada para pengikutnya.
Juara tujuh kali Formula Satu, Lewis Hamilton menuntut Israel menghentikan serangannya selepas insiden bedilan udara di Rafah yang membunuh puluhan orang awam.
"Cukuplah. Kita tidak boleh terus melihat tragedi ini berlaku dan tidak bersuara. Trauma dan keganasan yang dialami terutamanya kanak-kanak yang tidak berdosa, amat mengerikan. Ini mesti dihentikan; untuk kanak-kanak, untuk keluarga mereka, dan untuk mereka terus hidup," pemandu Mercedes berusia 39 tahun dari United Kingdom itu meluahkan perasaannya menerusi Instagram Story pada 29 Mei lalu.
Hakim Ziyech dari Maghribi dan Kerem Akturkoglu Turki, yang kedua-duanya bermain untuk kelab bola sepak Turki, Galatasaray, menunjukkan sokongan kepada Palestin semasa sambutan kejuaraan ke-24 kelab itu pada Isnin.
Ziyech mengibarkan bendera Palestin semasa perayaan itu, manakala Akturkoglu memakai keffiyeh Palestin di pergelangan tangannya.
Akturkoglu menyiarkan di akaun Instagramnya gambar tangan yang terbakar dengan perkataan "RAFAH" yang ditulis di seluruh imej dengan hashtag, "RafahOnFire."
Sementara itu, peminat kelab bola sepak Scotland, Celtic, mempamerkan sokongan dengan bendera Palestin bersama figura kanak-kanak Palestin dan sepanduk.
"Dendam kami akan terbalas dengan gelak ketawa anak-anak kami," itu yang tertulis pada sepanduk semasa perlawanan akhir Piala Scotland menentang Rangers, minggu lalu.
Agensi
Sat Jun 01 2024
Atlet, legenda sukan dan peminat bersolidariti menunjukkan sokongan kepada Palestin.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Perhimpunan Agung PBB tuntut gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza
Resolusi yang turut menekankan keperluan akses kemanusiaan segera, diluluskan dengan sokongan 158 undi, sembilan undi menentang dan 13 berkecuali.
UNRWA seru masa depan adil, bermaruah untuk rakyat Gaza
Ini termasuk hak pendidikan untuk 600,000 kanak-kanak Gaza yang terpaksa berhenti sekolah.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Qatar sambung usaha pengantaraan gencatan senjata Gaza selepas jeda sebulan
Sheikh Mohammed menegaskan, keputusan Qatar kembali ke meja rundingan didorong oleh momentum baharu, terutamanya selepas pemilihan Presiden AS.
Penduduk Gaza hampir tidak dikenali akibat luka terbakar
Keadaan bertambah buruk apabila rawatan diperlukan mangsa juga tidak dapat diberikan akibat kesesakan di hospital dan fasiliti kesihatan.
Koridor kemanusiaan di Gaza perlu dibuka segera
Pembukaan semula koridor pemindahan adalah penting bagi membolehkan pihaknya menyediakan rawatan penting.
Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Trump mahu gencatan senjata Gaza dilaksana sebelum mulakan tugas - PM Qatar
Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thanipada Rabu menyatakan bahawa Trump mahu gencatan senjata di Gaza dilaksanakan sebelum majlis pelantikannya.
Amnesty International tuduh Israel lakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza
Amnesty International pada Khamis menuduh Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.