awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Denmark jadi negara pertama di Eropah tamatkan penghantaran surat
Perompak tebuk dinding bank di Jerman, larikan wang dan barang kemas bernilai RM176 juta
Kerajaan Perlis isytihar esok cuti peristiwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor dipilih hos Sukan Perpaduan Islam 2029

Bernama
Bernama
08/11/2025
20:00 MYT
Selangor dipilih hos Sukan Perpaduan Islam 2029
ISSA memaklumkan keputusan memilih Selangor sebagai penganjur dibuat selepas delegasi Suruhanjaya Sukan ISSA diketuai Setiausaha Agungnya Nasser Majali melakukan lawatan pemeriksaan ke negara calon. - Foto Olympic Council
SHAH ALAM: Selangor dipilih sebagai tuan rumah bagi Sukan Perpaduan Islam edisi ke-7 pada 2029 oleh Persatuan Sukan Perpaduan Islam (ISSA).

Ringkasan AI
  • Selangor dipilih sebagai tuan rumah Sukan Perpaduan Islam edisi ke-7 pada 2029 oleh ISSA, menunjukkan keyakinan dunia luar terhadap kemampuan negeri dalam menganjurkan pertandingan sukan antarabangsa.
  • Persiapan infrastruktur untuk SUKMA 2026 di Selangor diharapkan akan memperkuat kapasiti negeri sebagai tempat pertandingan atlet luar negara dan memotivasikan atlet tempatan untuk meningkatkan prestasi.
  • Keputusan pemilihan Selangor sebagai tuan rumah dibuat selepas delegasi ISSA melakukan penilaian terhadap kemampuan calon berdasarkan standard, logistik, dan kesiapsiagaan operasi, serta mendapat sokongan sepenuhnya daripada semua calon.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata tanggungjawab itu menggambarkan keyakinan dunia luar kepada kemampuan negeri itu untuk menganjurkan pertandingan sukan yang melibatkan penyertaan 57 negara.
"Permohonan penganjuran ini disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan dan disampaikan secara bersama oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) serta kerajaan negeri diwakili oleh Exco Belia, Sukan dan Keusahawan Selangor Najwan Halimi.
"Sukan Perpaduan Islam sebelum ini dianjurkan oleh Turkiye pada 2021 dan edisi terkini sedang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi hingga 21 Nov 2025," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata kerajaan negeri sedang mengusahakan peningkatan infrastruktur dan fasiliti tempatan sebagai persiapan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 pada tahun depan sekali gus mengukuhkan kapasiti Selangor untuk menjadi pentas kepada atlet luar negara.
"Pengalaman SUKMA 2026 akan mengukuhkan kapasiti negeri untuk menjadi pentas kepada atlet luar negara serta memberikan dorongan kepada atlet negeri untuk meningkatkan prestasi menjelang Sukan Perpaduan Islam ke-7 pada 2029," katanya.
Sementara itu, ISSA dalam kenyataan berasingan memaklumkan keputusan memilih Selangor sebagai penganjur dibuat selepas delegasi Suruhanjaya Sukan ISSA diketuai Setiausaha Agungnya Nasser Majali melakukan lawatan pemeriksaan ke negara calon.
Delegasi tersebut menilai kemampuan setiap calon dalam menganjurkan temasya itu termasuk dari aspek standard, logistik dan kesiapsiagaan operasi.
"Sebagai mencerminkan semangat kerjasama, semua calon bersetuju menyokong bidaan Malaysia. Susulan itu, Suruhanjaya Sukan telah mencadangkan Selangor sebagai Bandar Tuan Rumah bagi Sukan Perpaduan Islam 2029 kepada Lembaga Eksekutif ISSA, yang kemudian meluluskan pemilihan itu.
"Anggota ISSA secara rasmi meluluskan pencalonan Selangor di Perhimpunan Agung ISSA hari ini," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Perpaduan Islam
#Selangor tuan rumah
#Amirudin Shari
#sukma 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan