awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes tembak Durian Tunggal: Rakaman audio dihantar ke CyberSecurity, 45 rakaman percakapan - Polis
China haramkan pemegang pintu kereta tersembunyi bermula 2027
6 termasuk kanak-kanak maut dalam insiden tembakan rambang di pantai Ecuador
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor FC benam Melaka FC 3-0, naik ke tangga ketiga Liga Super

Bernama
Bernama
28/12/2025
20:45 MYT
Selangor FC benam Melaka FC 3-0, naik ke tangga ketiga Liga Super
Faisal (kanan) diasak pemain pasukan Melaka FC, Che Rashid Che Halim (kiri) pada perlawanan Liga Super Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Petaling Jaya, malam tadi. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Selangor FC melonjak satu anak tangga ke kedudukan ketiga Liga Super 2025/2026 selepas membenam Melaka FC 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya, malam tadi.
Skuad Gergasi Merah tidak menunggu lama untuk menceriakan penyokong tuan rumah apabila tonggak tengah dari Jordan, Noor Al-Rawabdeh, memanfaatkan kekalutan di kubu pertahanan pelawat untuk meledak gol pembukaan pada minit kedua perlawanan.
Derita Melaka FC bertambah lapan minit kemudian apabila pemain sayap dari Cape Verde, Alvin Fortes, menyempurnakan hantaran pemain kebangsaan Mohamad Faisal Halim sebelum melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti yang gagal dikawal kemas penjaga gol pelawat, Jun Badelic.
Al-Rawabdeh sekali lagi mencuri tumpuan apabila bertindak sebagai arkitek gol ketiga Selangor selepas hantarannya disudahkan penyerang import dari Brazil, Chrigor Flores Moraes, pada minit ke-13, sekali gus memastikan kedudukan 3-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, pasukan kendalian Christophe Gamel terus menguasai permainan, namun gagal menambah jaringan biarpun mencipta beberapa peluang berbahaya, termasuk percubaan Faisal Halim yang dinafikan Badelic, tiga minit sebelum perlawanan berakhir.
Kemenangan itu menyaksikan Selangor mengumpul 25 mata, berkongsi mata dengan Kuala Lumpur City FC (KL City), namun kelebihan perbezaan jaringan membolehkan mereka memintas KL City yang turun ke kedudukan keempat liga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Selangor FC
#Melaka FC
#Faisal Halim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan