awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor kembali raih kemenangan saingan Liga Super

Bernama
Bernama
01/06/2018
21:58 MYT
Selangor kembali raih kemenangan saingan Liga Super
Pemain Kelantan Mohamad Khairul Asyraf Ramli (kiri) mengasak Pemain Selangor Ilham Udin Armaiyn (kanan) pada Perlawanan Liga Super Malaysia 2018 di Stadium Cheras, 1 Jun, 2018. -fotoBERNAMA
Selangor berjaya menemui semula rentak kemenangan selepas empat perlawanan apabila menewaskan pasukan tercorot, Kelantan 4-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini, malam tadi.
Kemenangan keempat dalam liga tersebut menyaksikan skuad Gergasi Merah naik satu anak tangga ke kedudukan kelapan menerusi kutipan 14 mata daripada 12 perlawanan setakat ini.
Penyerang import dari Sepanyol, Rufino Segovia del Burgo muncul wira Selangor setelah meledak jaringan hatrik pada minit ke-31, 36 dan minit ke-82, manakala satu lagi gol dijaringkan pemain antarabangsa Indonesia, Evan Dimas Darmono, pada minit ke-38.
Dalam pada itu, Kedah diaibkan di laman sendiri setelah tewas mengejut 2-0 kepada pasukan bawahan liga, Melaka United di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Dua gol pasukan pelawat dijaringkan oleh pemain import dari Belarus, Yahor Zubovich pada minit ke-41 dan pemain import dari Korea Selatan, Lee Chang-Hoon pada minit ke-89.
Sementara itu, dalam aksi tunggal Liga Premier, kelab Terengganu FC II (TFC II) gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 1-1 berdepan Pulau Pinang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Pulau Pinang membuka jaringan menerusi jaringan Raimi Mohd Nor yang memanfaatkan hantaran Sanna Nyassi pada minit ke-51, sebelum pemain import dari Nigeria, Akanni Sunday Wasiu menyelamatkan maruah skuad Penyu menerusi gol penyamaan hasil sepakan penalti pada minit ke-90.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Evan Dimas Darmono
#Kedah
#Kelantan
#Liga Super
#melaka united
#pemain import
#Rufino Segovia del Burgo
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan