KUALA LUMPUR: Selangor merakam kemenangan Liga Super keempat berturut-turut sambil menghadiahkan kekalahan terbesar buat Terengganu selepas berpesta gol meraih kemenangan 5-1 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.
Terengganu bermula baik seawal 10 minit pertama dengan penyerang import, Jordan Mintah hampir meletakkan pasukan pelawat bimbingan Tomislav Steinbruckner di hadapan, namun sepakan percumanya pada minit ke-11 tepat ke palang gol.
Pertahanan kurang kemas skuad Penyu mengundang padah apabila Selangor berjaya meledak dua gol dalam tempoh kurang daripada lima minit masing-masing menerusi penyerang, Ayron Del Valle, pada minit ke-17 dan bekas pemain sayap Terengganu, Mohamad Faisal Abdul Halim pada minit ke-21.
Skuad Gergasi Merah terus melebarkan penguasaan, kali ini giliran pemain pertahanan muda Harith Haiqal Adam Afkar mencetak nama sebagai penjaring selepas beliau yang tidak dikawal bijak menyambar bola sepakan penjuru rakan sepasukan pada minit ke-40.
Ketinggalan 0-3, Terengganu berjaya mengurangkan defisit gol pada minit ke-61 menerusi tandukan penyerang gantian Ivan Mamut, namun Ayron terus menghukum kepincangan barisan pertahanan lawan apabila mudah melepasi perangkap ofsaid untuk menjaringkan gol keempat Selangor pada minit ke-70.
Pemain tengah gantian Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau memastikan kejayaan manis skuad kendalian Tan Cheng Hoe dengan gol kelima pada minit ke-84 selepas melepaskan rembatan leret yang deras dari jarak dekat.
Selangor kini di posisi kedua dengan mengumpul 22 mata selepas sembilan perlawanan dan dibezakan dua mata dengan pendahulu yang juga juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT), yang akan berdepan PDRM, di sini, malam ini (Rabu), sementara Sri Pahang ketiga mengutip 19 mata.
Sementara itu, Kedah Darul Aman (KDA) gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri selepas tumpas 2-3 di tangan Kuala Lumpur (KL) City di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Pasukan tuan rumah bangkit daripada ketinggalan dengan meledak dua gol masing-masing menerusi Jonathan Boareto Dos Reis pada minit ke-25 dan tandukan Bojan Ciger lima minit kemudian sekali gus menafikan gol pembukaan KL City hasil penyudah Paulo Josua pada minit ke-11.
Bagaimanapun, babak kedua menyaksikan kebangkitan skuad bimbingan Bojan Hodak selepas Romel Morales menyamakan kedudukan tiga minit selepas rehat sebelum Herlison Caion meledak jaringan kemenangan skuad The City Boys pada minit ke-75.
Di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang, Penang mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas mengatasi Kelantan United 2-0 sekali gus menyaksikan pasukan pelawat terus buntu menemui kemenangan pertama musim ini.
Dua gol skuad bimbingan Manzoor Azwira Abd Wahid masing-masing disumbangkan Nik Akif Syahiran Nik Mat pada minit ke-48 dan kapten Rafael Vitor pada minit ke-58.
Dalam pada itu, jaringan tunggal perlawanan pemain tengah Muhamad Nor Azam Abdul Azih pada minit ke-57 membantu Sri Pahang membawa pulang tiga mata berharga selepas menewaskan Kuching City 1-0 di Stadium Negeri, Kuching.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2023
Pemain Selangor FC Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi diasak pemain Terengganu FC pada perlawanan Liga Super 2023 di Stadium MBPJ Petaling Jaya, 18 April 2023. --fotoBERNAMA
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC
Jaringan hatrik Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.
'Apa lagi yang saya perlu minta daripada pemain' - Victor
Victor berkata, pemain KDA FC telah berikan segalanya untuk membantu pasukan dalam perlawanan tersebut dan ia adalah satu kepuasan buat dirinya.
TFC kutip tiga mata penting, benam Kelantan 2-1
Skuad Penyu melancarkan pelbagai serangan awal untuk menguji ketangkasan penjaga gol KDN FC, Mohammad Fikri Che Soh.
Devan tagih pemain Melaka FC yakin, tunjuk kemampuan saingi lawan lebih kuat
Biarpun pasukannya dianggap 'underdog', mereka tidak berada dalam tekanan untuk melayan kunjungan Sang Penyu di Stadium Hang Jebat.
Aksi Perak-JDT: FAM rehatkan dua pengadil bertugas
Kedua-dua pengadil itu gagal membuat keputusan yang tepat berhubung insiden situasi penalti pada minit ke-38 dan pergelutan pada minit ke-84.
Liga Super: Penang FC umum Wan Rohaimi sebagai ketua jurulatih baru
Penang FC mengumumkan pelantikan Wan Rohaimi Wan Ismail sebagai ketua jurulatih skuad senior mereka dalam saingan Liga Super.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.
Sepatutnya pilihlah stadium berkecuali - Penyokong Perak FC
Muhammad Hamzah berkata, apa juga alasan yang diberikan, seharusnya lokasi berkecuali dipilih dalam perlawanan penting seperti ini.
Sepatutnya pilihlah stadium berkecuali - Penyokong Perak FC
Keputusan MFL menukar lokasi perlawanan tertunda Liga Super di antara Perak FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) mengecewakan peminat tuan rumah.
Liga Super: Penyokong Perak cadang boikot aksi bertemu JDT
Rata-rata penyokong The Bos Gaurus melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan pertukaran gelanggang ke Stadium Sultan Ibrahim.