VINCE McMahon mengumumkan persaraannya sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) WWE selepas 40 tahun menerajui organisasi gusti profesional terbesar dunia itu.
McMahon, 77, membuat pengumuman tersebut menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan WWE pada Khamis dan melalui kenyataan ringkas di laman Twitternya.
Menurut laporan media, ia merupakan susulan daripada siasatan dakwaan salah laku seksual yang dikenakan terhadapnya.
Bagaimanapun McMahon memaklumkan tindakannya untuk bersara adalah kerana faktor usia.
“Setelah mencapai usia 77 tahun, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya bersara sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif WWE.
“Sepanjang tahun saya berada di sini, adalah satu keistimewaan bagi saya untuk membantu WWE membawakan kegembiraan, inspirasi, aksi mendebarkan, kejutan dan sentiasa menghiburkan anda.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya kerana memberi sumbangan besar kepada kejayaan kami, dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Superstar dan kakitangan, dahulu dan sekarang, atas dedikasi dan semangat mereka untuk jenama kami,” kata McMahon.
Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa buat masa ini, WWE akan dikendalikan oleh anaknya Stephanie McMahon yang merupakan Pengerusi dan CEO interim dan juga Presiden WWE Nick Khan.
Kedua-dua mereka akan memainkan peranan sebagai CEO Bersama.
Setakat ini, masih belum disahkan siapa akan menggantikan tempat McMahon, namun terdapat laporan yang mengatakan Khan akan mengambil alih.
Terdapat juga beberapa nama lain yang menjadi sebutan seperti menantunya yang juga bintang WWE, Paul 'Triple H' Levesque, serta dua anaknya Shane dan Stephanie.
Sejarah McMahon atau dikenali sebagai ‘Mr McMahon’ dalam WWE bermula selepas beliau membeli World Wide Wrestling Federation (WWWF) daripada bapanya, Vince McMahon Sr, pada tahun 1982.
Beliau kemudian menukar nama tersebut kepada Word Wrestling Federation (WWF), sebelum menjenamakannya semula kepada WWE (World Wrestling Entertainment) pada 2002.
Selain sebagai ketua, McMahon turut membuat kemunculan dalam gelanggang dan pernah berdepan dengan beberapa penggusti terkenal seperti Hulk Hogan, Ric Flair, 'Stone Cold' Steve Austin, Shawn Michaels termasuk anaknya sendiri, Shane.
Malah, beliau juga pernah meraih kejuaraan ECW dan WWF, serta memenangi saingan Royal Rumble pada 1999.
Haider Yutim
Sat Jul 23 2022
Vince McMahon mengumumkan persaraannya sebagai Pengerusi dan CEO WWE selepas 40 tahun menerajui organisasi gusti profesional terbesar dunia itu. - Foto WWE
Syarikat pengeluar minyak wangi, Yaya Empire bertaraf global
Syarikat pengeluar perfume, Yaya Empire antara salah sebuah syarikat tempatan yang berjaya menempa nama dalam industri haruman bertaraf global selepas meneroka pasaran luar Malaysia.
Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan
Fuziah berkata, setakat ini tiada pengumuman dibuat, sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan.
Piala Thomas: Rexy mahu perseorangan negara lebih mantap di Horsens
Dalam tempoh dua tahun lagi, skuad lelaki akan lebih seimbang memandangkan kem beregu negara lebih stabil berbanding perseorangan negara.
Polis serah siasatan pesawat terhempas di Sungkai kepada CAAM
Setakat ini pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan masih melakukan siasatan di lokasi kejadian.
Kampung Belukut dijadikan kampung angkat Madani JWP
Pembangunan modal insan antara fokus Program Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).
KPT tumpu wujud tenaga mahir khususnya bidang teknologi AI penuhi keperluan negara - Zambry
Ia bagi menampung keperluan permintaan tenaga kerja yang bakal dijana hasil dari penerimaan pelaburan besar diraih negara.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Singapura pada 6, 7 Mei
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua ke negara berkenaan adalah atas jemputan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam.
Kontrak, MoU bernilai RM8.1 bilion bakal dimeterai di DSA NATSEC Asia 2024
Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 yang bermula esok bakal menyaksikan pemeteraian kontrak dan MoU bernilai kira-kira RM8.1 bilion.
Tiada tolak ansur produk terbabit kempen boikot
Industri kelapa sawit adalah penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dan KPDN menjalankan penguatkuasaan terhadap mana-mana produk yang terbabit dengan kempen.
Mangsa di PPS SK Bukit Lintang dibenarkan pulang
300 mangsa banjir kilat yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang Kota Tinggi, Johor dibenarkan pulang.
Selepas 40 tahun terajui WWE, Vince McMahon umum bersara
Vince McMahon mengumumkan persaraannya sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif WWE selepas 40 tahun menerajui organisasi gusti profesional terbesar dunia itu.