awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kos urus penyakit tidak berjangkit cecah RM64.3 bilion setahun, fokus pencegahan - Dr Dzulkefly
KPKT sedia bantu proses pemutihan rumah ibadah tanpa kebenaran - Kor Ming
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan

Bernama
Bernama
05/05/2024
10:02 MYT
Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan
Fuziah berkata, setakat ini tiada pengumuman dibuat, sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan. - Gambar fail
KOTA BHARU: Semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung program subsidi bersasar, sebaliknya menunggu pengumuman rasmi daripada kerajaan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh.
Beliau berkata setakat ini tiada pengumuman dibuat berhubung perkara itu, yang sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan untuk mengumumkan kenaikan harga bahan api itu.
"Pengumuman itu biarlah dibuat oleh kerajaan sendiri dan janganlah media asing mendahuluinya. Apa pun kita sedang melaksanakan beberapa mekanisme untuk persiapkan diri, jadi bila program penyasaran itu dilaksanakan kita sudah bersedia.
"Antaranya termasuk menyediakan kemudahan kad fleet kenderaan lori untuk menikmati subsidi diesel apabila program itu dilancarkan. Sekarang kita sedang aktif mendaftarkan syarikat untuk membolehkan mereka dapat subsidi," katanya kepada pemberita di Majlis Sambutan Aidilfitri di KPDN Kelantan, di sini, hari ini.
Sementara itu mengulas berhubung kenaikan gaji penjawat awam yang akan memungkinkan kenaikan harga barangan, Fuziah berkata KPDN akan melakukan pemantauan dan kawalan setiap hari untuk memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fuziah Salleh
#subsidi bersasar
#laporan media
#kpdn
#bahan api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan