awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas Syahmi Safari, giliran Feroz Baharudin akhiri musim 2024/25 lebih awal bersama JDT

Astro Arena
Astro Arena
10/01/2025
01:30 MYT
Selepas Syahmi Safari, giliran Feroz Baharudin akhiri musim 2024/25 lebih awal bersama JDT
Feroz terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal kepada baki saingan Liga Super Malaysia, musim ini selepas mengalami kecederaan serius iaitu anterior cruciate ligament (ACL).
PERTAHANAN muda kental Johor Darul Ta'zim (JDT), Feroz Baharudin, terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal kepada baki saingan Liga Super Malaysia, musim ini.
Perkara itu disahkan sendiri oleh pemain berusia 24 tahun itu menerusi kenyataan di laman Instagramnya yang menimbulkan pelbagai spekulasi apakah perkara sebenar yang terjadi.
Difahamkan, tonggak Harimau Malaya itu mengalami kecederaan serius iaitu anterior cruciate ligament (ACL), sekali gus mengakibatkan dirinya harus melupakan kancah bola sepak seketika susulan mengalami memerlukan tempoh pemulihan jangka masa panjang.
"Terima kasih 2024/2025," tulisnya di aplikasi tersebut.
Feroz menjadi antara pemain utama skuad kendalian Hector Bidoglio dalam pasukan Harimau Selatan ekoran fizikalnya dan kebolehan untuk menanduk selain memiliki kekuatan untuk menghadapi serangan pihak lawan.
Sebelum ini, rakan sepasukannya, Syahmi Safari, turut mengalami kecederaan yang sama sehingga memerlukan rawatan di Valencia dan harus melupakan saingan musim ini, September lalu.
Semoga Feroz dan Syahmi bangkit dan dapat kembali semula beraksi di atas padang bersama juara Piala FA 2024 itu musim depan. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#bola sepak
#JDT
#Feroz Baharudin
#Syahmi Safari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan