Selepas persaingan sengit selama tujuh minggu, 11 pasukan dari liga kompetitif merentasi Asia Tenggara, Hong Kong, Taiwan dan Oceania telah menempah tempat mereka di Peringkat Akhir Wild Rift Champions SEA (WCS). Dari 23 April hingga 8 Mei, pasukan- pasukan tersebut akan bertarung melalui beberapa peringkat pertandingan untuk merebut peluang melayakkan diri dan mencapai keunggulan di Wild Rift Icons Global Championship lewat tahun ini!

PASUKAN YANG TELAH MELAYAKKAN DIRI

11 pasukan telah melayakkan diri ke Peringkat Akhir WCS dengan menunjukkan keberanian dan bakat sebenar sepanjang musim WR Champions SEA setakat ini. Pasukan-pasukan dalam playoff adalah seperti berikut:

Pasukan yang telah melayakkan diri

● Masters - Flash Wolves, ONE team
● Indonesia - Persis Esports
● Malaysia/Singapore - SEM9
● Oceania - Smash Logic Gaming
● Philippines - FENNEL Adversity, Rex Regum Qeon
● Thailand - EVOS Esports, Buriram United EsportsVietnam - Team Flash, Cerberus Esports

Playoff WCS 2022 dibahagikan kepada peringkat-peringkat berikut:

● Peringkat Play-in: 23 - 24 April
● Peringkat Playoff: 26 - 27 April, 29 April - 1 Mei, 6 - 7 Mei
● Peringkat Akhir: 8 Mei

Pasukan-pasukan akan bertanding untuk merebut empat tempat bagi menyertai Wild Rift Icons Global Championship dan hadiah terkumpul berjumlah USD 200,000.

Peringkat Play-in

Semasa peringkat Play-in, lima pasukan dari kejohanan Wild Rift Champions SEA & Wild Rift Oceania Championships (naib juara pertama dari WCS Masters, Filipina, Thailand dan Vietnam, dan juara Wild Rift Oceania Championships) akan bermain satu perlawanan round- robin, iaitu setiap pasukan akan bermain antara satu sama lain dalam format Best-of-3.

Pasukan teratas dalam kalangan lima tersebut akan layak terus ke Playoff, manakala pasukan tempat ke-2 dan ke-3 akan bermain antara satu sama lain dalam best-of-five untuk memastikan tempat Playoff yang tinggal.

Peringkat Play-off

Di peringkat Playoff, kedua-dua pasukan yang mara dari Play-in akan bertemu dengan enam juara subserantau Wild Rift Champions SEA dan bersaing dalam format penyingkiran berganda.

Lapan pasukan ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang mengandungi empat pasukan setiap satu. Kumpulan yang pertama terdiri daripada juara subserantau WCS Masters, Philippines, Thailand dan Vietnam, sementara kumpulan yang kedua terdiri daripada juara subserantau WCS Malaysia & Singapura, Indonesia bersama dua pasukan yang layak dari peringkat Play-in. Pasukan dari subrantau yang sama tidak boleh diundi menentang satu sama lain.

Perlawanan playoff akan menyaksikan pasukan dari kumpulan pertama diundi untuk bermain menentang pasukan dari kumpulan kedua.

Peluang kedua

Pemenang perlawanan playoff pertama akan mara ke pusingan Bracket Atasan seterusnya manakala pasukan yang kalah akan jatuh ke Bracket Bawahan. Semua perlawanan akan dimainkan dalam format Best-of-5 kecuali untuk Akhir Bracket Bawahan dan Peringkat Akhir yang akan dimainkan dalam format Best-of-7.

Jika sesuatu pasukan terkeluar daripada Bracket Atasan, mereka kemudiannya akan mempunyai satu lagi peluang untuk mara ke peringkat akhir, dengan memenangi perlawanan mereka yang seterusnya di Bracket Bawahan.

Empat pasukan teratas ini akan mewakili rantau SEA dan bertanding dalam Wild Rift Icons Global Championship yang berlangsung di Eropah pada musim panas ini!

DI MANA BOLEH SAYA TONTON?

Perlawanan-perlawanan Peringkat Akhir Wild Rift Champions SEA 2022 akan ditayangkan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Tagalog, Bahasa Indonesia, Bahasa Malaysia, Mandarin, Bahasa Vietnam dan Bahasa Thai. Perlawanan pertama akan bermula pada pukul 14:00 GMT+8, 23 April 2022 dan akan disiarkan secara langsung di Twitch, Facebook dan YouTube pada saluran rasmi Riot serta saluran rakan penyiaran kami:

Bahasa Inggeris:

● Twitch - Wild Rift Esports
● YouTube - Wild Rift Esports

Bahasa Tagalog

● Facebook - WCS Philippines

Bahasa Indonesia

● Twitch - Wild Rift Indonesia
● YouTube - Wild Rift Esports Indonesia
● Facebook - WCS Indonesia


Bahasa Malaysia

● Twitch - Wild Rift Esports Malaysia & Singapore
● Facebook - WCS Malaysia & Singapore

Mandarin

● Twitch - WCS Masters
● Facebook - WCS Masters

Bahasa Vietnam

● Twitch - Wild Rift Vietnam
● Facebook - Liên Minh Huyền Thoại: Tốc Chiến Esports

Bahasa Thai:

● Twitch -Wild Rift Thailand
● Facebook - WCS Thailand


Perihal E-Sukan Wild Rift

E-Sukan Wild Rift, sukan mudah alih pertama oleh Riot Games, melancarkan musim rasmi pertama pada 2022, dengan mengumumkan lapan liga serantau yang berfungsi sebagai asas kepada struktur kompetitif global E-Sukan Wild Rift, dan membawa ciri dan gaya unik tersendiri kepada sukan ini. Pada musim pertama, E-Sukan Wild Rift juga akan mengadakan pertandingan antarabangsa rasmi pertama, iaitu Wild Rift Icons Global Championship, yang akan menampilkan tahap permainan kompetitif tertinggi, dan akan menobatkan juara dunia Wild Rift.

* Ikuti @WildRiftEsports di Twitter untuk mengetahui lebih lanjut.