SHAH ALAM: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sudah menghantar senarai baharu barisan pemain dan kejurulatihan kepada Majlis Sukan Negara (MSN), untuk melalui proses penelitian bagi memastikan skuad kebangsaan yang dibentuk benar-benar mantap.
Presidennya Datuk Mohd Sumali Reduan berkata rombakan itu bakal memberi nafas baharu dalam arena sepak takraw tanah air, sekali gus memastikan sukan berkenaan mampu melakar kejayaan dalam beberapa siri kejohanan penting tahun ini, seperti Sukan SEA Kemboja 2023 dan Sukan Asia 2023.
"Tidak banyak yang saya dapat kongsikan, melainkan sudah menghantar senarai rombakan jurulatih dan pemain yang baharu kepada MSN beberapa hari lalu. Saya janji sebanyak 50 peratus perubahan akan dilakukan dalam struktur jurulatih dan pemain.
"Namun, masih terdapat gabungan yang lama dan baharu, di mana mesyuarat jawatankuasa akan diadakan bersama MSN hujung bulan ini, kerana dari pihak kami (PSM) hanya boleh memberi senarai nama, manakala keputusan dan kontrak baharu itu terletak pada mereka (MSN)," katanya.
Pada 7 Jun lepas, Azhar Sarabini dilantik sebagai ketua jurulatih baharu skuad lelaki negara menerusi mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Konfederasi Sepak Takraw Malaysia (MSC).
Dalam pada itu, Mohd Sumali memaklumkan status empat badan induk negeri yang sebelum ini bernaung di bawah Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (MASTAF) iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya dan Sarawak masih dalam peringkat perbincangan, sekiranya mereka mahu kembali bersama PSM.
"PSM masih belum menerima apa-apa surat yang mengatakan mereka bersetuju untuk kembali menyertai kami. Namun, difahamkan Selangor akan menghantar surat kepada kami (PSM) pada minggu hadapan, tapi kita tunggu sahaja apa yang akan berlaku.
"Saya juga masih menunggu keputusan rasmi kedudukan kami (PSM) dalam arena sepak takraw, masih belum ada maklum balas dari Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF), Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF). Mungkin kerana mereka tunggu status MASTAF atau macam mana, tetapi PSM masih akan berjalan macam biasa," katanya.
Kemelut sepak takraw negara bermula apabila ASTAF menyingkirkan PSM pada Mei 2021 susulan tindakan presidennya ketika itu Datuk Seri Ahmad Ismail, menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden ASTAF, pada 24 Feb tahun lepas.
MASTAF pula merupakan badan induk sepak takraw negara yang sah selepas diiktiraf sebagai ahli baharu ASTAF Mac lepas dan turut diterima menjadi ahli gabungan ISTAF pada April.
Pada 20 Dis lepas, Presiden MASTAF Datuk Suhaili Abdul Rahman mengumumkan pembubaran bandan induk itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2023
Rombakan itu bakal memberi nafas baharu dalam arena sepak takraw tanah air. - Gambar hiasan
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Pemilihan AGM: Presiden Paralimpik lapor SPRM, dakwa wujud elemen rasuah
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin hari ini membuat laporan kepada SPRM yang mendakwa wujudnya eleman rasuah dalam pemilihan AJK badan itu.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Zii Jia tekad tampil aksi cemerlang di Eropah untuk slot Jelajah Dunia Akhir 2024
Zii Jia bertekad menampilkan aksi cemerlang dalam kejohanan di Eropah bagi memastikan kedudukannya kekal selamat untuk melayakkan diri ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou.
MSN, JBSN negeri diminta tingkat usaha pencarian atlet para wanita
Hannah berkata, daripada lebih 1,200 atlet di temasya Para SUKMA Sarawak 2024, hanya hanya 303 atlet atau 24 peratus adalah wanita.
MSN, MPM perlu duduk semeja - Hannah
Menteri Belia dan Sukan meminta Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyelesaikan 'perang dingin' secara profesional.
MSN kesal kenyataan melulu Presiden MPM
Beliau berkata atlet negara mesti diberikan sokongan pada setiap masa tanpa menghiraukan keputusan sama ada mereka menang atau kalah.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.