awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zoe Saldana ketepikan Scarlett Johansson sebagai pelakon dengan kutipan filem tertinggi sepanjang zaman
Dua beradik ditahan, guna senjata api buatan sendiri kutip hutang along
Jumlah mangsa banjir menurun, hanya empat PPS masih aktif di Sarawak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senarai pemain Melaka FC akan dimuktamadkan hujung bulan ini - Nur Azmi

Bernama
Bernama
05/05/2025
03:00 MYT
Senarai pemain Melaka FC akan dimuktamadkan hujung bulan ini - Nur Azmi
Nur Azmi berkata senarai berkenaan termasuklah sekurang-kurangnya tiga pemain pinjaman daripada pasukan JDT. - Foto fail/BERNAMA
MELAKA: Persediaan Melaka FC untuk kembali bersaing dalam saingan liga elit negara, Liga Super semakin menyakinkan apabila senarai lengkap pemainnya akan dimuktamadkan pada akhir bulan ini.
Pemilik pasukan Datuk Nur Azmi Ahmad berkata senarai berkenaan termasuklah sekurang-kurangnya tiga pemain pinjaman daripada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), di samping 12 pemain sedia ada bagi membentuk pasukan mantap.
"Kita sudah pun memulakan temu duga dan pemilihan pemain luar, jadi ia akan dimuktamadkan sebelum akhir Mei kerana latihan dijangkakan bermula pada penghujung bulan ini.
"Dari segi teknikal pula, kita sebenarnya sudah siap sedia, malah mencapai tahap 90 peratus termasuk barisan kejurulatihan, seperti jurulatih K. Devan bersama-sama Asri Ninggal dan Mazlan Wahid memang dikekalkan," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkannya di sini malam tadi.
Selepas tersingkir daripada saingan Liga Super atas pelbagai faktor termasuk isu pembayaran gaji, Melaka FC bangkit mempamerkan prestasi terbaik apabila muncul juara Liga A1 Semi Pro musim 2024/2025 sekali gus dilihat sebagai persediaan terbaik skuad Sang Kancil itu untuk kembali ke arena Liga Super.
-- BERNAMA
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Melaka FC
#Nur Azmi Ahmad
#senarai pemain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami