awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang lagi pemain bola sepak negara bawah 23 tahun positif COVID-19

Bernama
Bernama
12/02/2022
12:23 MYT
Seorang lagi pemain bola sepak negara bawah 23 tahun positif COVID-19
Seorang lagi pemain dalam pasukan bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara disahkan positif COVID-19 menjelang Kejohanan AFF B-23 di Phnom Penh, Kemboja. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang lagi pemain dalam pasukan bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara disahkan positif COVID-19 menjelang Kejohanan AFF B-23 di Phnom Penh, Kemboja.
Ketua jurulatih Brad Maloney berkata pemain itu didapati positif selepas menjalani ujian Kit Ujian Pantas Antigen (RTK-Ag) dan ujian Tindak Balas Rantai Polimerase (PCR) sebaik sahaja mereka tiba di Phnom Penh, semalam.
"Dia dibawa ke kemudahan perubatan (untuk diasingkan) dan dia akan berada di sana buat masa ini," katanya kepada pemberita dalam sidang media maya hari ini.
Rabu lepas pemain pertahanan Terengganu FC, Muhammad Safwan Mazlan digugurkan daripada pasukan selepas disahkan positif COVID-19.
Sementara itu Maloney berkata para pemain dilihat kekal bersemangat tinggi, dan beliau berharap pasukan negara dapat mempamerkan perlawanan yang kompetitif dalam aksi pembukaan Kumpulan B menentang Myanmar pada Selasa (15 Feb), sebelum berdepan dengan Laos pada Jumaat (18 Feb).
"Kami akan meninjau perlawanan pertama dan belajar sebanyak yang boleh, tanpa mengira setakat mana saingan sengit yang ditampilkan mereka," katanya sambil menambah Malaysia mempunyai kelebihan untuk menempah tiket keperlawanan separuh akhir berikutan penarikan diri juara bertahan, Indonesia.
Ditanya mengenai pemilihan kapten, Maloney berkata beliau belum memutuskan siapa yang akan dijadikan kapten.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemain positif covid-19
#bola sepak bawah 23 tahun
#b-23
#Kejohanan AFF B-23
#Phnom Penh
#Kemboja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan