awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seramai 42,000 peserta termasuk luar negara sertai KLSCM 2024

Bernama
Bernama
18/09/2024
11:17 MYT
Seramai 42,000 peserta termasuk luar negara sertai KLSCM 2024
Beberapa tahun kebelakangan, KLSCM mengambil langkah mempromosikan acara itu di luar negara menerusi pengiklanan media sosial yang disasarkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Acara larian Kuala Lumpur Standard Charted Marathon (KLSCM) 2024 mencatat rekod baharu pada edisi tahun ini dengan penyertaan 42,000 dari dalam dan luar negara pada acara dijadual berlangsung di sekitar Dataran Merdeka pada 5 dan 6 Okt ini.
Pengarah projek KLSCM Rainee Biemans berkata tahun lepas seramai 40,000 peserta mmengambil bahagian dan tahun ini menampilkan lebih 2,500 peserta dari 45 negara iaitu meningkat 72 peratus berbanding tahun lepas.
"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kami mengambil langkah mempromosikan acara ini di luar negara menerusi pengiklanan media sosial yang disasarkan dan kami amat gembira dengan peningkatan jumlah ini untuk KLSCM 2024,"katanya dalam kenyaraan di sini hari ini.
"Pelari antarabangsa cenderung untuk meluangkan lebih banyak masa bercuti apabila mereka melawat Kuala Lumpur dan ini memberi kesan positif kepada pendapatan pelancongan, seterusnya memberi manfaat kepada perniagaan di sekitar bandar raya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KLSCM 2024
#maraton
#penyertaan
#promosi
#peserta luar negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan