SPORTS
Setahun berlalu: “Insiden disimbah asid mengajar saya tentang kehidupan” - Faisal Halim

Faisal kini semakin aktif bermain bersama pasukan Selangor dan telah kembali menyertai skuad kebangsaan dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027. - Gambar fail/Bernama
PEMENANG anugerah gol terbaik Piala Asia 2023, Faisal Halim mengimbas kembali detik sukar yang terpaksa diharunginya selepas menjadi mangsa simbah asid, setahun lalu.
Ringkasan AI
- Faisal Halim, yang pernah menjadi mangsa serangan asid setahun lalu, bersyukur kerana dapat kembali meneruskan karier sebagai pemain bola sepak selepas melalui fasa pemulihan yang mencabar.
- Beliau menghargai bantuan dan sokongan daripada Sultan Selangor, Raja Muda Selangor, keluarga, rakan sepasukan, pengurusan kelab, dan rakyat Malaysia yang memberikan kekuatan sepanjang detik sukar tersebut.
- Faisal kini semakin aktif bermain bersama pasukan Selangor dan telah kembali menyertai skuad kebangsaan dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027, membuktikan semangat juangnya yang tidak pernah padam.
Pemain kebangsaan berusia 27 tahun itu turut menghargai sokongan dan doa daripada semua pihak termasuk ahli keluarga, pengurusan kelab, rakan sepasukan dan seluruh rakyat Malaysia.
“Genap setahun peristiwa yang banyak mengajar saya tentang kehidupan. Saya amat bersyukur dan berterima kasih atas doa semua yang kenal dan tidak kenali diri ini.
“Setiap majlis doa selamat yang dijalankan sepanjang saya masih dalam fasa pemulihan, amat saya hargai. Sedikit sebanyak kekuatan dalam diri ini datang daripada anda semua.
“Dalam masa yang sama, sokongan yang tinggi daripada keluarga saya, isteri dan anak, abah, mama, abang, kakak ipar dan mentua saya, buat saya berdiri teguh sampai hari ini. Kerana mereka, saya nampak
kekuatan untuk saya terus berjuang dalam kehidupan.
“Tidak lupa juga, rakan sepasukan, sepanjang saya dalam fasa untuk beraksi sepenuhnya di atas padang, mereka banyak berikan kata-kata semangat dan bantu untuk biasakan diri dapatkan semula rentak permainan seperti biasa.
“Begitu juga kepercayaan yang diberikan barisan jurulatih dan pihak pengurusan, tidak akan saya lupakan. Setahun sudah berlalu, Insya-Allah saya akan terus bangkit dan berikan yang terbaik untuk diri, keluarga dan bola sepak,” katanya.
Beliau kini telah bangkit semula apabila semakin kerap diturunkan bersama pasukan Selangor selain kembali dipanggil menyertai skuad kebangsaan ketika aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal, Mac lalu. -- Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami