SEPANG: Pengalaman pahit skuad negara yang tewas tipis 2-3 secara agregat pada final Piala AFF 2018 di tangan Vietnam masih menghantui pemain pertahanan, Mohd Shahrul Mohd Saad menjelang edisi tahun ini di Singapura bermula Ahad.
Justeru, tonggak pertahanan Johor Darul Ta'zim itu mahu rakan sepasukan agar memberikan komitmen "200" peratus dalam usaha untuk menebus kekecewaan edisi lepas dengan mencipta kejayaan di Singapura kelak.
"Saya tak boleh lupakan pengalaman pahit 2018, harap inilah masanya untuk buat terbaik. Namun, kempen kali ini sangat mencabar kerana semua pasukan akan 'all out' (berhabis-habisan) kerana setiap perlawanan ibarat final dan kita perlukan komitmen 200 peratus untuk layak ke peringkat seterusnya," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini sebelum berlepas bersama pasukan negara ke Singapura.
Biarpun merasai kehilangan beberapa tonggak 2018 yang tidak tersenarai dalam skuad kali ini, pemain berusia 28 tahun yang turut pernah beraksi dalam edisi 2016 yakin semangat serta kerja keras dilakukan dalam sesi latihan mampu membantu pemain sedia ada dan muka baharu untuk membentuk keserasian mantap menjelang saingan itu.
Ditanya mengenai keadaannya selepas mengalami kecederaan lutut pada Mei lepas, Mohd Shahrul berkata beliau kini berada pada tahap terbaik selepas menjalani proses pemulihan bersama JDT dan tidak sabar menyarung jersi Harimau Malaya di Singapura.
Beliau juga berharap agar pasukan Malaysia beraksi dengan baik seterusnya mampu mengutip tiga mata penuh dalam aksi pembukaan Kumpulan B menentang Kemboja, Isnin ini.
Sementara itu, pemain muda Selangor FC Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi berkata peluang tersenarai dalam barisan akhir 24 pemain ke Singapura sudah semestinya melonjakkan motivasinya untuk menonjolkan bakat dimiliki sekiranya mendapat kepercayaan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe untuk diturunkan.
"Saya berharap dapat beri persembahan terbaik untuk pasukan kerana bagi saya ini adalah pertandingan besar yang pertama buat saya. Insya-Allah, harap ada keputusan positif dicapai," katanya.
Biarpun berpeluang cerah untuk digandingkan bersama pemain berpengalaman Baddrol Bakhtiar susulan kekurangan pemain di bahagian tengah selepas dua tonggak Kuala Lumpur City FC, Kenny Pallraj dan Muhammad Akram Mahinan yang tidak ke Singapura akibat kecederaan, Muhammad Mukhairi enggan berasa selesa dengan "kekosongan" di posisi itu dan akan sentiasa berusaha menambat hati jurulatih bagi menyenaraikannya dalam kesebelasan utama.
Pemain berusia 20 tahun itu berkata Baddrol juga sering menasihatinya dan berkongsi petua berguna terutama kepentingan bermain sebagai sebuah pasukan pada kem latihan baru-baru ini.
Beliau pada masa juga yakin Baddrol dapat membimbingnya bersama pemain lain untuk mengemudi bahagian tengah Harimau Malaya pada kejohanan yang bakal berlangsung sehingga 1 Jan 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 03 2021
Shahrul berharap rakan sepasukannya memberikan komitmen 200 peratus dalam usaha menebus kekecewaan edisi lepas. - Bernama
Nor Farah Ain tidak percaya bergelar juara dunia
Atlet boling pada negara Nor Farah Ain Abdullah masih tidak percaya sudah bergelar juara dunia pada penampilan sulungnya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
[TERKINI] Sidang Media Perdana Menteri di Riyadh, Arab Saudi
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media susulan lawatan kerja rasmi ke Mesyuarat Khas WEF 2024 di Riyadh Arab Saudi.
SPR keluar 188 kertas undi pos bagi PRK Kuala Kubu Baharu
Pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan oleh petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua empat calon yang bertanding.
Video disalah sunting, Teo Nie Ching buat laporan polis
Teo berkata pilihan raya bukanlah tiket untuk mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan niat mencetuskan perbalahan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.
KDN muktamad pembelian empat helikopter untuk APMM bernilai RM600 juta
Kertas kerja bagi perolehan aset itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan akhir.
Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor
Kempen PRK DUN KKB yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.
Buletin AWANI Khas: Asia Barat sedang ‘Stress’: Dialog menteri-menteri dunia Arab
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Beberapa Menteri Luar negara-negara Arab duduk sepentas di Mesyuarat Khas WEF, Riyadh dalam sesi ini.
#SpecialMeeting24
#SpecialMeeting24
AWANI Ringkas: Projek NTC | Sindiket Dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Harimau Malaya tajamkan serangan hadapi Oman
Mohd Shahrul berkata ketika menentang Oman di tempat lawan, pasukan lebih banyak bertahan agar tidak mudah dibolosi.
Shahrul mahu rakan sepasukan tebus kekecewaan 2018
Mahu rakan sepasukan agar memberikan komitmen 200 peratus dalam usaha menebus kekecewaan edisi lepas dengan mencipta kejayaan di Singapura kelak.