SEPANG: Selepas dua tahun tidak dianjurkan, Kejuaraan Dunia Motosikal Grand Prix (GP) Malaysia yang kembali menggegar Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini mencatatkan kehadiran penonton seramai 163,567 sepanjang tiga hari penganjurannya bermula Jumaat lepas.
Jumlah itu tidak mencapai sasaran 170,000 yang ditetapkan pihak SIC, namun kehadiran hampir 90,000 penonton pada hari terakhir semalam menandakan perlumbaan berprestij itu kekal mendapat perhatian peminat sukan permotoran tanah air, biarpun pada edisi kali ini tiada pelumba tempatan bersaing dalam kelas Premier.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif berkata beliau amat berpuas hati dengan jumlah kehadiran itu dan berazam untuk memperbaiki segala kelemahan terutama dari aspek persediaan dan perancangan bagi memastikan edisi berikutnya dibanjiri lebih ramai penonton.
"Saya rasa kita boleh buat lebih baik tahun depan, tahun ini kita mula lambat. Kita umum harga tiket sebelum bulan Ramadan tahun ini dan kita betul-betul buat promosi pada Jun. Jadi dari Jun hingga Oktober tak banyak masa.
"InsyaAllah untuk tahun depan kita akan bermula awal, kita akan berehat kejap (selepas GP Malaysia) dan kita akan mula bekerja untuk promosi tahun depan. Kita juga baru-baru ini dah umumkan super early bird (tiket) dan akan ada early bird selepas ini," katanya kepada pemberita, di sini.
Seramai 21,015 penonton direkodkan hadir ke SIC pada Jumaat, diikuti 53,937 (Sabtu) dan 88,615 semalam.
GP Malaysia yang kembali selepas tidak dianjurkan selama dua tahun berikutan pandemik COVID-19, menyaksikan pelumba Ducati Lenovo Team Francesco Bagnaia menghampiri kejuaraan dunia sulungnya selepas menamatkan perlumbaan kelas MotoGP di tempat pertama.
Pelumba Gresini Racing MotoGP, Enea Bastianini di tempat kedua sementara ketiga dirangkul penyandang juara dunia Fabio Quartararo daripada Monster Energy Yamaha MotoGP.
Pelumba Elf Marc VDS Racing Team Tony Arbolino mengungguli saingan kelas Moto2 sementara John McPhee daripada pasukan Sterilgarda Husqvarna Max mendominasi saingan kategori Moto3.
Sementara itu, Azhan Shafriman memaklumkan dalam masa terdekat SIC akan menganjurkan perlumbaan kereta Sepang 1,000 kilometer (km), namun akan ditangguh ke tarikh baharu berikutan tarikh asal bertindih dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Untuk tahun depan kami berhasrat menganjurkan Sepang 12 Hours iaitu perlumbaan lasak yang kali terakhir dianjurkan pada 2016 dan ketika itu dikenali sebagai Merdeka Endurance Race. Lain-lain acara antarabangsa kita masih belum dapat pengesahan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Azhan Shafriman memberi jaminan SIC akan terus menyokong usaha pembangunan sukan permotoran negara bagi melahirkan lebih ramai pelumba berbakat seperti Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai Damok yang akan bersaing dalam kelas Moto3 bermula tahun depan.
"Kita akan terus memberi sokongan kepda Damok, ZK Racing dan pihak KBS (Kementerian Belia dan Sukan). Kita akan sentiasa sokong bakat Malaysia di persada dunia, dari segi pembiayaan kita akan bincang mungkin selepas PRU," katanya.
Jumaat lepas, Damok diumum secara rasmi akan menyertai saingan Moto3 secara musim penuh bersama pasukan MTHelmets-MSI.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 24 2022
Para penonton tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan perlumbaan Petronas Grand Prix 2022 di Litar Antarabangsa Sepang pada Ahad. - Foto BERNAMA
Tanah runtuh Taman Melawati: Pergerakan tanah dikesan, penduduk dinasihat tidak pulang bermalam
Penduduk Jalan E6, Taman Melawati yang diarah mengosongkan kediaman selepas kejadian tanah runtuh pagi Selasa, dinasihat tidak pulang ke rumah buat masa ini.
Peruntukan pelancongan lebih besar tarik pengunjung ke Malaysia - Fernandes
AirAsia berharap Belanjawan 2025 akan menawarkan lebih banyak inisiatif yang dilaksanakan bagi mempromosi dan menonjolkan Malaysia.
Eksport Sarawak meningkat 13 % setakat Ogos 2024
Sarawak mengeksport 3.13 juta tan metrik produk kelapa sawit setakat Ogos 2024, dengan anggaran nilai lebih RM11.02 bilion.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, angka tersebut meningkat 13% berbanding tahun lalu.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, angka tersebut meningkat 13% berbanding tahun lalu.
Jualan kenderaan baharu menurun 20 peratus kepada 58,032 unit pada September 2024
Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), ini berbanding jualan 72,367 unit yang direkodkan pada bulan sebelumnya.
"Suara macam perempuan, siapakah orang yang bercakap itu? - Ahli Parlimen Arau
Ahli Parlimen Arau bertanyakan soalan kepada Timbalan Speaker Dewan Rakyat tentang suara siapakah yang bercakap menggantikan Menteri Kewangan 2 yang kurang sihat.
Pantau Agenda Reformasi: Perkembangan tanah runtuh Taman Melawati
Hujan lebat mungkin melambatkan pembersihan tanah runtuh Taman Melawati
Firdaus Azil memberikan perkembangan terkini kejadian tanah runtuh di Taman Melawati sehingga jam 5 petang.
Firdaus Azil memberikan perkembangan terkini kejadian tanah runtuh di Taman Melawati sehingga jam 5 petang.
Pelepasan air di Empangan Chenderoh terkawal - TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan pelepasan air dari Empangan Chenderoh di Kuala Kangsar dilakukan secara terkawal dan terancang.
Bekas eksekutif syarikat petroleum dan gas direman terima rasuah RM370,000
Seorang bekas eksekutif kanan sebuah syarikat petroleum dan gas ditahan reman SPRM di ibu negara, pada Selasa selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah dianggarkan RM370,000.
Menteri KDN sahkan pengikut GISB masih amal Aurad Muhammadiah
Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan di Dewan Rakyat pada Selasa bahawa ahli dan pengikut GISB masih lagi mengamalkan mengamalkan kepercayaan Aurad Muhammadiah yang diwarisi sejak era Al-Arqam.
Angka korban di Gaza meningkat kepada 42,344 orang
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober 2023 meningkat kepada 42,344 orang manakala 99,013 individu dilaporkan cedera.
Jualan tiket GP Malaysia capai lebih 50 peratus - SIC
Azhan Shafriman berkata, biarpun SIC berdepan cabaran tertentu, pihaknya berusaha keras untuk memastikan sasaran 170,000 penonton tercapai.
Tekad untuk kembali semula ke MotoGP - Hafizh Syahrin
Pada penampilan terakhir kelas MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini, Hafizh menamatkan saingan GP Malaysia 2019 di tempat ke-16.