Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong menyeru setiap pemegang taruh dalam arena sukan tempatan tampil lebih berani berinteraksi mengenai permasalahan dihadapi.
Beliau berkata menerusi kaedah itu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dapat mengetahui lebih mendalam tentang cabaran yang didepani setiap pemegang taruh sepanjang perjalanan mereka dalam mengharumkan nama negara.
Menurut beliau, sesetengah pihak terutamanya atlet sebelum ini lebih gemar meluahkan masalah menerusi kiriman teks berbanding meluahkan masalah secara bersemuka, namun trend itu telah berubah dalam tempoh terdekat.
"Tanggungjawab KBS adalah mewujudkan satu ekosistem di mana atlet, pegawai, jurulatih termasuk persatuan boleh berfungsi dengan optimum. KBS sentiasa sedia mendengar apa sahaja masalah kerana ia mungkin faktor yang mempengaruhi prestasi mereka.
"Tetapi kita orang Timur kadang-kadang segan nak bercakap depan-depan. Kita sedang menggalakkan lebih keterbukaan serta ketelusan dan kita nampak atlet dan pegawai semakin berani menyuarakan isi hati mereka...itu satu perkembangan yang baik," katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau latihan atlet dan pertemuan dengan Persatuan Hoki Dalam Air Malaysia di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, hari ini.
Sim meluangkan lebih satu jam meninjau latihan skuad akuatik di Jungle Gym, MSN, sebelum pertemuan hampir satu jam bersama atlet hoki dalam air di mana Sim diterangkan mengenai sukan tersebut dan bagaimana ia dimainkan.
Sementara itu, Sim berkata beliau dan KBS komited dalam menyelami masalah dihadapi setiap pemegang taruh.
"Tujuan kita hanya ingin memberi motivasi kepada bukan sahaja atlet tetapi juga jurulatih dan yang lain...kita juga ingin mendengar sama ada wujud apa-apa cabaran dihadapi yang mungkin akan menjejaskan prestasi mereka.
"Adakah ada sesuatu isu yang menghalang untuk mencapai prestasi lebih baik?...dengan itu kita boleh cuba untuk menyelesaikan masalah mereka," tegas beliau.
Pada masa sama, Sim berkata dirinya sentiasa terbuka menerima kehadiran atlet mahupun individu terlibat dalam menjayakan sukan negara yang ingin meluahkan keluhan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2019
Steven Sim (empat, kiri) memegang peralatan sukan hoki air ketika mengadakan pertemuan dengan skuad hoki air negara di Institut Sukan Negara hari ini. --fotoBERNAMA
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.
Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.
Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.
Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA
Katanya, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada atlet muda di Malaysia dan seluruh dunia.
UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.
Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.
Sukma 2024: Selangor optimis capai kedudukan tiga teratas
Selangor turut meletakkan sasaran memenangi 13 hingga 15 peratus daripada keseluruhan 488 pingat emas yang dipertandingkan.
Hanya 20 peratus atlet terlibat program celik kewangan, persaraan - Shalin Zulkifli
Hanya 20 peratus daripada lebih 500 atlet kebangsaan yang menyertai program celik kewangan.
Atlet, legenda sukan suarakan solidariti untuk Gaza
Atlet, tokoh dan peminat sukan bersolidariti menunjukkan sokongan kepada Palestin dan mengecam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.