awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Silakan hukum saya - Victor Axelsen kepada BWF

Astro Arena
Astro Arena
04/12/2024
09:30 MYT
Silakan hukum saya - Victor Axelsen kepada BWF
ahun lalu, wakil daripada Denmark itu mengecam tindakan BWF berhubung hadiah wang tertunda dan kebajikan pemain. - Foto Stadium Astro
BEKAS pemain nombor satu dunia, Victor Axelsen, meluahkan kekecewaannya terhadap Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang memuat naik kenyataan berhubung penarikan dirinya daripada Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China minggu depan.
Terdahulu, pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 itu mengumumkan bahawa dia tidak akan bertanding dalam kejohanan terakhir tahun ini ekoran kecederaan kaki kirinya.
Pemain di ranking ketiga dunia itu berkongsi maklum balas e-mel yang diterimanya daripada BWF berkenaan dokumen sokongan perubatan yang diperlukan sebagai bukti untuk mendapatkan pengecualian penalti.
Atlet berusia 30 tahun itu menyuarakan pandangan terhadap ketidakpuasan hatinya mengenai respons tersebut dan membalas: “Saya telah mencuba beberapa kali untuk menghantar dokumen sokongan ketika mengalami kecederaan tetapi tetap mendapat denda sebelum ini.
"Teruskan dan sila hantar denda kepada saya," tulisnya.
It took only a few hours before I received this email from BWF pic.twitter.com/HPW3dT1cCy
— Viktor Axelsen (@ViktorAxelsen) December 3, 2024
Tahun lalu, wakil daripada Denmark itu mengecam tindakan BWF berhubung hadiah wang tertunda dan kebajikan pemain.
Isu itu timbul selepas bintang dunia itu berkata BWF mendendanya AS$5,000 (RM22,331) kerana tidak bermain dalam Terbuka Singapura, di mana dia menjalani pemulihan kerana ketegangan otot.
BWF membalas dengan mengatakan kenyataan Axelsen adalah tidak tepat dan di luar konteks. Axelsen dalam jawapannya terus mempersoalkan kebajikan pemain berkenaan dengan wang hadiah mereka. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Victor Axelsen
#luah rasa kecewa
#Final Jelajah Dunia BWF
#denda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan