DIEGO SIMEONE menegaskan mengakhiri saingan LaLiga di tempat kedua bukan satu kegagalan buat Atletico Madrid ketika bersaing dengan Barcelona dan Real Madrid.
Atletico telah membuktikan mereka pencabar terhebat Barcelona musim ini tetapi skuad kendalian Ernesto Valverde itu kini di ambang untuk mempertahankan kejuaraan.
Bagaimanapun, skuad pimpinan Simeone itu mendahului Real dengan enam mata, dengan Los Blancos gagal meraih mata penuh ketika bertemu Getafe kelmarin.
Simeone menepis cadangan bahawa pasukannya, yang tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di tangan Juventus dalam pusingan 16, mengharungi musim yang mengecewakan.
"Saya ditanya sama ada mengakhiri saingan LaLiga merupakan sesuatu yang mengecewakan ketika bersaing dengan Barcelona dan Real Madrid, kelab terbaik dunia," kata Simeone.
"Saya tidak berasakan ia mengecewakan atau dianggap sebagai kegagalan.
"Kami perlu mempamerkan aksi lebih cemerlang untuk bersaing. Dalam tujuh setengah tahun, kami sentiasa berusaha untuk mengejar kemuncak LaLiga.
"Saya sentiasa mahukan peningkatan dalam permainan Atletico. Setiap pemain telah berusaha untuk mencapai ke tahap ini dan membuktikan Atletico turut mampu bersaing mengejar gelaran LaLiga," katanya lagi.
Astro Arena
Sat Apr 27 2019

Atletico telah membuktikan mereka pencabar terhebat Barcelona musim ini. - Foto Stadium Astro.

KPDNHEP akan kaji kenaikan harga minyak masak botol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melihat kepada kenaikan harga minyak masak botol 5 kilogram (kg) sebelum mengkaji kesesuaiannya.

Kerugian akibat PKP 2.0 lebih rendah berbanding sebelum ini - Tengku Zafrul
Kerajaan menjangkakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua menyebabkan negara kerugian RM600 juta sehari berbanding RM2.4 bilion sehari pada Mac hingga Mei, tahun lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Hina monarki Thailand, bekas penjawat awam dipenjara 43 tahun 6 bulan
Mahkamah Jenayah Bangkok Thailand menjatuhkan hukuman penjara 43 tahun 6 bulan ke atas seorang bekas penjawat awam kerana menghina atau memfitnah pemerintahan beraja atau monarki Thailand.

Remaja lemas selepas selamatkan tiga kanak-kanak di Kota Bharu
Seorang remaja berusia 16 tahun lemas semasa menyelamatkan tiga kanak-kanak di dalam anak sungai di hadapan rumahnya di Kampung Perupok Tikat.

10 Berita Pilihan - (19 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Calon SPM teruja dan gementar kembali ke sekolah
Selepas hampir setahun tertangguh akibat pandemik COVID-19, kini perjuangan sebenar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula. Nur Mariana Mohammad Samrizal,18, dari Kepala Batas, Pulau Pinang berkata dia teruja untuk kembali ke sekolah dan sudah tidak sabar untuk menduduki SPM kerana terlalu lama menunggu sehingga pernah mengalami tekanan.

PERMAI | Tidak boleh hanya beri insentif kewangan
Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma khuatir kerajaan tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung pakej rangsangan yang diberikan.

48 disaring selepas jurufoto JSJ IPD Sibu positif COVID-19
Seramai 48 pegawai, anggota dan kakitangan awam Balai Polis Sentral Sibu disaring hari ini selepas seorang jurufoto JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu didapati positif COVID-19.

Dakwaan wanita dijangkiti COVID-19 kerana kekhilafan KKM sedang disiasat
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan seorang wanita yang mendakwa kekhilafan kementerian itu sehingga menyebabkan dia dan anaknya dijangkiti COVID-19 daripadanya suaminya.

PKP | Kerajaan pertimbang lanjut operasi perniagaan
Kerajaan akan membincangkan aduan orang ramai yang mahukan operasi kedai dan restoran dilanjutkan daripada jam 6.00 pagi ke jam 10.00 malam.

Koeman gusar dengan kerapuhan pertahanan Barca selepas Pique cedera
Barca berkunjung ke Madrid dengan hanya berbekalkan satu kemenangan daripada lima perlawanan LaLiga terakhir dan ketinggalan dalam kedudukan musim ini.

COVID-19 halang Suarez bertemu Barcelona minggu ini
Uruguay mengesahkan dalam satu kenyataan hari ini Suarez dan rakan sepasukannya, Rodrigo Munoz, serta seorang lagi kakitangan, Matias Faral, akan mematuhi protokol COVID-19.

Simeone rasa 'tak sedap' selepas Atletico dibelasah Bayern
Atletico jelas tidak dapat menandingi juara bertahan UCL itu dalam aksi pembukaan Kumpulan A di Munich dengan pemain sayap Bayern, Kingsley Coman, merupakan watak penting dalam perlawanan itu.

Liga Juara-Juara UEFA: Bayern Munich benam Atletico Madrid 4-0
Bayern Munich memulakan aksi cemerlang dengan membolosi gawang lawan hasil jaringan penyerang Kingsley Coman pada minit ke-28.

Lebih pantas daripada Messi! Suarez pemain kedua terpantas jaring 150 gol
Suarez meraih jaringan ke-150 itu dalam penampilannya yang ke-195.

UNL: Lloris gesa pengkritik usah persoal Griezmann
Persembahan Griezmann menjadi bualan sejak 15 bulan terakhir selepas dia menyempurnakan perpindahan daripada Atletico Madrid ke Barca.

Barcelona jual Suarez, bakal sarung jersi Atletico Madrid
Pemain berusia 33 tahun itu dalam tahun terakhir kontraknya di Camp Nou dan menghadapi masa depan yang tidak menentu sejak akhir musim lalu.

Juventus sambut baik kepulangan Morata ke Turin
Morata dilaporkan akan menyertai Juve secara pinjaman daripada Atletico Madrid dengan kesepakatan melibatkan pembayaran 9 juta pound (RM43.7 juta).

Henderson kesal Liverpool lepaskan peluang
Bagaimanapun, Henderson tetap memuji persembahan rakan sepasukannya ketika Atletico mengamalkan corak bertahan dan menunggu untuk mencipta serangan balas.

Atletico mula tewaskan Liverpool di luar stadium - Simeone
Peminat Atletico memenuhi jalanan di luar stadium, menyalakan api dan bersorak dengan sangat kuat tatkala bas juara Eropah dan dunia itu tiba untuk aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah.