KUALA LUMPUR: Perlawanan simulasi Sukan Olimpik Paris 2024 memberi 'input' berguna kepada beregu lelaki utama negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik untuk menyerap 'suasana' temasya empat tahun sekali itu yang akan membuka tirai pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Jurulatih pasangan itu, Tan Bin Shen berkata ketika beregu ranking kelima dunia itu membuat penampilan pertama di Olimpik Tokyo 2020, ia berlangsung tanpa kehadiran penonton susulan sekatan COVID-19.
"(Persediaan) Ini sebenarnya saya bincang sendiri dengan Aaron-Wooi Yik macam mana (contohnya) latihan malam (dan) buat simulasi seperti di Olimpik sebab semasa di Tokyo tiada penonton, jadi (mungkin lain).
"Simulasi permainan ini memberi suasana seperti di Olimpik dan pertandingan sebab sebulan lebih (tidak sertai) pertandingan," katanya selepas menyaksikan simulasi berkenaan yang berlangsung bersama beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini hari ini.
Dalam pada itu, Bin Shen berkata tidak mustahil Aaron-Wooi Yik menghadirkan kilauan pingat emas di Paris kerana tahap pemain lebih kurang sama, namun mereka perlu memastikan berada dalam keadaan bebas kecederaan serta mempunyai minda tenang untuk fokus aksi dalam gelanggang.
Selain mengakui tidak terfikir untuk 'menghindar' daripada keputusan mana-mana undian perlawanan beregu lelaki yang dijangka keluar minggu hadapan, sebaliknya mempersiapkan 'senjata' untuk mengatasi pihak lawan.
"...ini kali pertama (sebagai jurulatih dan bekas pemain selepas 15 tahun menunggu) pergi Olimpik (dan) memang ada banyak bincang dengan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky dan kadangkala tengok banyak perlawanan ketika Olimpik, cara mereka main, macam mana boleh belajar daripada situasi," katanya.
Sebagai rekod, Aaron-Wooi Yik membawa pulang pingat gangsa di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024
Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menjalani sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini. - Foto Bernama
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Simulasi olimpik Aaron-Wooi Yik 'serap' suasana di Paris
Perlawanan simulasi Sukan Olimpik Paris 2024 memberi 'input' berguna kepada beregu lelaki utama negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.