SEMUA peminat bola sepak serta pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) tidak seharusnya cepat melenting dengan sindiran pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai pencapaian membanggakan yang diraih Harimau Selatan.
Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar berkata, sindiran tersebut seharusnya dijadikan cabaran agar setiap pasukan menjadi lebih baik sekali gus dapat memastikan Liga-M berada pada tahap berkualiti.
“Sepatutnya kita perlu berterima kasih kepada JDT kerana mereka telah meletakkan satu tanda aras yang sangat baik untuk diikuti semua pasukan di negara ini.
“Jadi, jangan cepat melenting dan kita kena tengok positif apa yang diperkatakan oleh Tunku. Saya yakin Tunku bukanlah niat hendak malukan pasukan lain, tetapi baginda mahu melihat ada peningkatan dipamerkan setiap pasukan," katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.
Sebelum ini, JDT meluaskan penguasaan saingan Liga Malaysia apabila meraih double quadruple selepas mengulangi kejayaan muncul juara Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.
Skuad Harimau Selatan itu menamatkan saingan Liga Super 2023 dengan 76 mata hasil 25 kemenangan, seri sekali selain mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 26 perlawanan.
JDT turut mencipta sejarah tersendiri apabila merekodkan 100 jaringan semusim, hanya dibolosi tujuh kali selain mendominasi saingan Liga Super untuk tempoh sedekad.
Tunku Ismail dalam beberapa hantaran di laman Instagramnya seolah-olah menyindir pasukan di Liga-M supaya mengagumi kehebatan dan tidak cemburu dengan pencapaian diraih JDT.
Malah, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor turut melaungkan cabaran kepada Selangor sebagai antara pasukan terkuat di Malaysia untuk tampil memecahkan rekod Harimau Selatan pada masa akan datang.
Pengendali JDT, Esteban Solari juga pernah menyatakan pasukan di Liga-M perlu tampil dengan kualiti lebih baik yang akan turut memacu peningkatan pasukannya.
Menurut Azlan, kejayaan yang diraih JDT itu juga bukan datang dengan cara yang mudah dan turut merangkumi kerja keras dan kesungguhan mendalam yang seharusnya menjadi contoh kepada pasukan lain.
“Selepas banyak musim, Tunku telah menunjukkan cara sebenar untuk menguruskan pasukan dan dalam masa sama terbuka untuk membantu pasukan lain menjadi lebih baik.
“Sudah tentu, kerja keras juga perlu dilakukan oleh setiap pasukan kerana jarak antara mereka dengan JDT sangat jauh dan jarak itu perlu dikecilkan.
“Dalam masa sama, saya percaya pasukan lain juga sedang berusaha tetapi belum cukup untuk menandingi JDT," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 22 2023
Tunku Ismail dalam beberapa hantaran di media sosial seolah-olah menyindir pasukan di Liga-M supaya mengagumi kehebatan dan tidak cemburu dengan pencapaian diraih JDT. - Facebook HRH Crown Prince of Johor
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.
'Saya tak sertai FAM, FAM sertai saya' - Tunku Ismail
Tunku Ismail memberikan bayangan kemungkinan satu kerjasama akan terbentuk bersama FAM dalam tempoh terdekat.
Pelarasan semula cuti hujung minggu Johor bakal impak 2.5 juta individu - MB
Penyelarasan cuti hujung minggu Johor kepada hari Sabtu dan Ahad akan menitikberatkan semua aspek, termasuk agama.
'Kami tak buat janji kosong' - TMJ
Pasukan JDT tidak mencipta drama atau konspirasi sebaliknya membuktikan keupayaan mereka dengan memenangi setiap perlawanan.
JDT menang Piala FA: “No comment” - Tunku Ismail
Tunku Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor turut berkongsi hantaran bertulis "Why comment? Just win baby..."
Piala FA: Tunku Ismail turun uji gelanggang final
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencemar duli apabila turun menguji padang Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ
Rumah pasukan Selangor itu kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan.
TMJ pelawa Figo ke JB soal pembangunan bola sepak negara
Tunku Ismail meluangkan masa bertemu dengan legenda bola sepak dunia, Luis Figo di Sepanyol.
Tunku Ismail berkenan derma rumput hibrid kepada Stadium Nasional Bukit Jalil
Hasil kaji selidik yang dijalankan di padang Stadium Nasional menunjukkan bahawa rumput hibrid lebih sesuai ditanam di venue keramat Harimau Malaya itu.