SKUAD negara memulakan era baharu di bawah bimbingan Kim Pan-gon dengan kemenangan apabila menewaskan Filipina 2-0 dalam Siri Tiga Negara di Stadium Nasional Singapura sebentar tadi.
Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Akhyar Rashid, menjaringkan dua gol dalam separuh masa pertama, sekali gus menamatkan kemarau kemenangan Harimau Malaya ke atas The Azkals sejak kali terakhir melakukannya pada 2007 -- lima pertemuan terakhir ditamatkan dengan keputusan seri.
Daripada empat nama yang disenarai pendek, Pan-gon memilih penjaga gol, Farizal Marlias, untuk memakai lilitan lengan dan pemain berusia 35 tahun itu menepati jangkaan dengan tidak dibolosi sepanjang 90 minit.
Malaysia memulakan aksi dengan garang apabila Akhyar memanfaatkan lorongan Corbin Ong untuk memperdayakan pertahanan lawan dan merembat deras mengatasi penjaga gol, Neil Etheridge.
Tidak lama kemudian, Syafiq Ahmad melepaskan percubaan ke arah palang dan usaha susulan daripada Kogileswaran Raj pula diselamatkan di atas garisan gol.
Akhyar menggandakan jaringannya pada minit ke-24 hasil umpanan Syafiq susulan satu serangan balas pantas.
Pemain sayap itu hampir mencatatkan hatrik sebelum ke bilik persalinan tetapi sepakan terakhirnya tersasar.
Pan-gon melakukan beberapa pertukaran pemain dalam babak kedua, dengan Liridon Krasniqi antara yang dimasukkan tetapi tidak dapat menambah jaringan sehingga ke wisel penamat.
Seterusnya, skuad negara akan meneruskan aksi dengan menentang tuan rumah, Singapura, Sabtu ini.
Artikel asal di Stadium Astro.
Astro Arena
Wed Mar 23 2022
Malaysia menewaskan Filipina 2-0 dalam Siri Tiga Negara di Stadium Nasional Singapura malam ini. - Gambar/ Stadium Astro
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Siri Tiga Negara: Harimau Malaya mulakan era Kim Pan-gon dengan kemenangan
Skuad negara memulakan era baru di bawah bimbingan Kim Pan-gon dengan kemenangan apabila menewaskan Filipina 2-0 dalam Siri Tiga Negara di Stadium Nasional Singapura sebentar tadi.