awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kementerian Perpaduan salur RM600,000 kepada 120 KRT perkukuh Program Satelit Komuniti MADANI
Ukraine sasar integrasi penuh dalam pasaran tenaga Eropah pada 2027
JANM jayakan semua projek di Kampung Angkat MADANI di Batu Pahat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem bantahan akan diwajibkan pada Sukan SEA 2025 - ASTAF

Bernama
Bernama
21/10/2025
15:30 MYT
Sistem bantahan akan diwajibkan pada Sukan SEA 2025 - ASTAF
Abdul Halim berkata ASTAF terus komited dalam memastikan sukan tersebut berkembang seiring dengan standard antarabangsa dengan gabungan kepakaran manusia dan ketepatan digital. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) hari ini mengumumkan bahawa sistem "challenge" atau bantahan akan diwajibkan dalam semua acara sepak takraw pada Sukan SEA 2025 di Thailand, sekali gus memperkukuh komitmen persekutuan itu terhadap aspek keadilan, ketepatan dan integriti sukan tersebut.
Presiden ASTAF Datuk Abdul Halim Kader berkata pengenalan sistem bantahan pada temasya dwitahunan itu menandakan satu lagi pencapaian dalam usaha memodenkan sukan sepak takraw di bawah kepimpinan progresif ASTAF dan Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF).
"Dengan menggabungkan sistem kamera berbilang sudut dan kadar bingkai tinggi, sistem bantahan ini akan merapatkan jurang antara pertimbangan manusia dan ketepatan digital. Ia memberikan bukti gerak perlahan yang konklusif bagi mengesahkan sesuatu keputusan, menggalakkan ketelusan dan mengekalkan integriti sukan itu.
"Ia juga meningkatkan kredibiliti keputusan pengadil, mengurangkan pertikaian selepas perlawanan dan mengekalkan semangat kesukanan," katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, Abdul Halim berkata ASTAF terus komited dalam memastikan sukan tersebut berkembang seiring dengan standard antarabangsa dengan gabungan kepakaran manusia dan ketepatan digital bagi mempertahankan nilai integriti, keadilan dan profesionalisme.
ASTAF pertama kali memperkenalkan sistem bantahan itu pada kejohanan Piala Raja Thailand edisi 2022.
Sukan SEA 2025 dijadual berlangsung dari 9 hingga 20 Dis di tiga wilayah iaitu, Bangkok, Chonburi dan Songkhla.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan SEA
#Astaf
#semangat kesukanan
#sepak takraw
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan