awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sivasangari, Eain Yow ke separuh akhir Klasik London 2025

Bernama
Bernama
06/09/2025
01:15 MYT
Sivasangari, Eain Yow ke separuh akhir Klasik London 2025
Juara bertahan itu dijadual berdepan pemain ranking kelima dunia dari Mesir, Amina Orfi, pada separuh akhir. - Foto fail/Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Jaguh skuasy wanita negara, S. Sivasangari melangkah ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Klasik London 2025 selepas menewaskan pemain tuan rumah, Jasmine Hutton pada Jumaat.
Pemenang pingat emas Sukan Asia 2022 itu hanya memerlukan 20 minit untuk mengatasi Hutton 11-9, 11-5 dalam aksi suku akhir kejohanan Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) berstatus emas di Alexandra Palace, London.
Juara bertahan itu dijadual berdepan pemain ranking kelima dunia dari Mesir, Amina Orfi, pada separuh akhir.
Sementara itu, pemain skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow turut mara ke separuh akhir selepas menyingkirkan wakil tuan rumah, Marwan ElShorbagy, 11-9, 11-9.
Eain Yow, yang kini menghuni ranking ke-12 dunia, bakal berdepan pemain nombor tiga dunia dari New Zealand, Paul Coll, untuk perebutan tiket ke final.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejohanan Skuasy Klasik London 2025
#Separuh Akhir
#S Sivasangari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan