awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga reda terima berita kematian Nadia Kesuma
Serpihan dipercayai pesawat ATR 42‑500 hilang ditemui di Bukit Bulusaraung
Edits perkenal fungsi tambah pautan dalaman pada Reels
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sivasangari mara ke pusingan kedua Terbuka Hong Kong

Bernama
Bernama
01/12/2025
21:20 MYT
Sivasangari mara ke pusingan kedua Terbuka Hong Kong
Pada pusingan kedua hari ini, Sivasangari (gambar) dijadual berdepan pemain Perancis Melissa Alves. - Foto PSA Squash Tour
KUALA LUMPUR: Bintang skuasy negara S. Sivasangari melangkah ke pusingan kedua pada Kejohanan Terbuka Hong Kong 2025 selepas menewaskan pemain England Lucy Turmel di Pusat Skuasy Hong Kong pada Isnin.
Pada aksi pusingan pertama itu, Sivasangari mencatat kemenangan mudah 3-0 selepas merekodkan keputusan 11-8, 11-8, 11-9.
Pada pusingan kedua hari ini, pemain nombor tujuh dunia itu dijadualkan berdepan pemain Perancis Melissa Alves yang menewaskan pemain harapan tuan rumah Tsz-Wing Tong 3-0 (11-5, 11-5, 11-3).
Sivasangari berada dalam prestasi mengagumkan musim ini selepas mara ke separuh akhir Klasik London pada September, suku akhir Terbuka Mesir (September) dan Klasik Qatar (Oktober) sebelum menamatkan saingan sebagai naib juara Terbuka Silicon Valley pada Oktober.
Minggu lepas, beliau turut muncul naib juara Terbuka Skuasy Kelab Bola Sepak Hong Kong (HKFC) selepas tewas kepada pemain Mesir Fayrouz Aboelkheir 1-3 (6-11, 9-11, 11-7, 4-11).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terbuka hong kong
#Skuasy
#S Sivasangari
#Lucy Turmel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan