awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sivasangari mara ke separuh akhir di Cleveland

Bernama
Bernama
08/03/2024
06:15 MYT
Sivasangari mara ke separuh akhir di Cleveland
Sivasangari (kanan) mengalahkan Alicia untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Cleveland di Racquet Club, Amerika Syarikat. - Foto Squash - PSA World Tour
KUALA LUMPUR: Pemain skuasy kebangsaan S. Sivasangari mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Cleveland di Racquet Club, Amerika Syarikat.
Pemain wanita tunggal kedudukan ke-16 dunia itu menumpaskan Alicia Mead dari England 11-6, 11-8, 11-8 dalam masa 23 minit dalam perlawanan suku akhir pada hari Khamis (awal pagi Jumaat waktu Malaysia).
Pemain berusia 25 tahun itu akan menghadapi cabaran pemain England lain dalam pertandingan separuh akhir bertemu pemain ke-6 dunia Goergina Kennedy yang menewaskan rakan senegaranya, Lucy Beecroft 11-2, 11-4, 11-4.
"Pada saya, dalam perlawanan ini, kami berdua sudah memanaskan badan lebih lima atau enam kali kerana perlawanan sebelum itu mengambil masa yang agak lama, tetapi saya masuk ke gelanggang dengan sasaran permulaan yang positif.
"Saya gembira dapat bermain dengan baik dan saya gembira memenangi set ketiga dan melangkah ke pusingan seterusnya," katanya menerusi laman web Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA).
Berdasarkan rekod, Sivasangari pernah menang sekali dalam empat pertemuan dengan Kennedy.
Sementara itu dalam kategori perseorangan lelaki, ranking utama Ng Eain Yow terkandas apabila kalah 7-11, 7-11, 13-11, 12-10, 11-6 kepada Leonel Cardenas dari Mexico dalam saingan sengit selama 92 minit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skuasy
#S Sivasangari
#Terbuka Cleveland
#England
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan