awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sivasangari terkandas di pusingan kedua El Gouna

Bernama
Bernama
14/04/2025
00:00 MYT
Sivasangari terkandas di pusingan kedua El Gouna
Sivasangari (kiri) tewas di tangan Salma Hany (kanan) dalam perlawanan pusingan kedua Skuasy Terbuka Antarabangsa El Gouna 2025 di Mesir semalam. - Foto X PSA Squash Tour
KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita utama negara, S. Sivasangari terpaksa melupakan hasrat melangkah ke pusingan suku akhir kejohanan Skuasy Terbuka Antarabangsa El Gouna 2025 di Mesir selepas tewas di tangan wakil tuan rumah Salma Hany, semalam.
Pemain nombor 11 dunia itu meraih kemenangan pada perlawanan pertama dan kedua 11-9, 11-4 namun kehilangan momentum selepas tewas pada baki perlawanan 7-11, 2-11, 8-11 dalam perlawanan berlangsung selama 51 minit.
Ia adalah kekalahan kedua Sivasangari sepanjang tiga pertemuan dengan pemain nombor 13 dunia itu.
Terdahulu, Sivasangari mara ke pusingan kedua kejohanan tersebut selepas menewaskan rakan senegara Aira Azman dalam masa hanya 17 minit.
Dalam pada itu, seorang lagi jaguh skuasy wanita negara Rachel Arnold akan berdepan pemain nombor empat dunia Olivia Weaver dari Amerika Syarikat dalam usahanya memburu slot ke suku akhir hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sivasangari
#Skuasy Terbuka Antarabangsa El Gouna 2025
#Mesir
#Salma Hany
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan