awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad B-17 negara bakal 'berguru' di Turin

Bernama
Bernama
26/04/2022
07:24 MYT
Skuad B-17 negara bakal 'berguru' di Turin
Juventus berminat dan meninjau peluang untuk bangunkan program pertandingan bola sepak di peringkat junior, dan kerjasama ini berpotensi membawa manfaat kepada bola sepak Malaysia. - Facebook FAM
KUALA LUMPUR: Barisan pemain muda bola sepak khususnya skuad Bawah 17 (B-17) kebangsaan nampaknya berpeluang untuk 'berguru' di akademi kelab bola sepak terkemuka Eropah, Juventus FC yang berpangkalan di Turin, Itali, pada masa depan.
Itu merupakan antara perbincangan awal antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diketuai Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin dan wakil Juventus selepas kedua-dua pihak itu meninjau potensi jalinan kerjasama dua hala bertujuan memperkasakan lagi bola sepak terutama di peringkat akar umbi serta belia.
"Juventus berminat dan meninjau peluang untuk bangunkan program pertandingan bola sepak di peringkat junior. Kerjasama ini berpotensi membawa manfaat kepada bola sepak Malaysia.
"Mempunyai reputasi sebagai gergasi Itali, Juventus berhasrat berkongsi kepakaran mereka dengan Malaysia. Mereka juga bercadang beraksi dalam perlawanan pertunjukan di negara kita dalam tempoh antara Disember 2022 dan Julai 2023," menurut FAM dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Hamidin menerima kunjungan hormat delegasi Juventus diwakili Pengarah Urusannya Federico Palomba dan Pengurus Jualan Kerjasama, Kelvin Leung.
Perbincangan awal itu juga menyaksikan kelab Itali berkenaan meneroka potensi membuka akademinya di negara ini selain menjemput delegasi Malaysia membuat kunjungan balas bagi meninjau kemudahan ibu pejabat dan fasiliti serba lengkapnya di Turin.
"Pemain kanak-kanak di peringkat akar umbi berpeluang menguji kemampuan masing-masing dengan turut serta dalam saingan Akademi Piala Dunia Juventus," kata Hamidin.
Justeru, beliau berpendapat potensi jalinan kerjasama antara Juventus FC dan FAM mampu mendedahkan bakat tempatan kepada corak latihan sebuah kelab gergasi Eropah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemain bola sepak
#bawah 17
#juventus FC
#Turin
#FAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan