KUALA LUMPUR: Skuad bola jaring remaja negara terus cemerlang apabila berjaya mempertahankan makhkota kejuaraan pada Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia 2023 di Jeonju, Korea Selatan, hari ini.
Kejayaan itu hadir selepas skuad, kendalian Aminah Asaari, mengetepikan Singapura 49-45 pada aksi final, sekali gus menyaksikan pasukan remaja kebangsaan menempah slot beraksi di Kejohanan Remaja Dunia 2025 yang akan berlangsung di Gibraltar.
Turut meraih tiket bersama Malaysia ke Piala Dunia 2025 mewakili benua Asia itu adalah Singapura dan Sri Lanka yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga pada kejohanan tersebut.
Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada skuad bola jaring remaja negara atas kejayaan tersebut
"Pasukan bola jaring kebangsaan menang Juara Kejohanan Remaja Asia 2023 di Korea!!! Well done girls #DemiMalaysia," katanya menerusi ciapan di laman rasmi Twitternya, hari ini.
Semalam, Malaysia berjaya menempah slot ke final selepas menundukkan Sri Lanka dengan keputusan 77-36 di peringkat separuh akhir.
Sebelum ini, Malaysia muncul juara edisi 2019 apabila menewaskan Singapura 57-48 pada aksi final di Kashima, Jepun.
Bagaimanapun, skuad negara terlepas peluang untuk beraksi di Piala Dunia 2021 di Fiji susulan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.
Malaysia pernah memenangi Kejohanan Remaja Asia itu sebanyak lima kali berturut-turut pada 2004, 2006, 2008, 2010 dan 2013 manakala pada 2015 dan 2017, skuad negara muncul naib juara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 17 2023
Skuad bola jaring remaja negara terus cemerlang apabila berjaya mempertahankan makhkota kejuaraan pada Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia 2023 di Jeonju, Korea Selatan, hari ini. - Foto Facebook MalaysiaNetball FC
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Skuad bola jaring pertahan gelaran Remaja Asia 2023
Skuad bola jaring remaja negara terus cemerlang apabila berjaya mempertahankan makhkota kejuaraan pada Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia 2023 di Jeonju, Korea Selatan, hari ini.
Malaysia ke pentas final bola jaring
Skuad bola jaring negara melangkah bergaya ke pentas final Sukan SEA ke-30, selepas menewaskan Brunei 64-40 dalam aksi separuh akhir di Kompleks Sukan Santa Rosa, Laguna, di sini, pada Ahad.