awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
Proses pengundian PRU Jepun bermula
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad dodgeball lelaki, campuran selangkah bawa pulang pingat emas

Bernama
Bernama
03/09/2022
20:20 MYT
Skuad dodgeball lelaki, campuran selangkah bawa pulang pingat emas
Skuad dodgeball lelaki dan campuran negara hanya selangkah untuk membawa pulang pingat emas pada Kejohanan Dodgeball Dunia 2022 di Kanada selepas menundukkan lawan masing-masing pada Sabtu.
KUALA LUMPUR: Skuad dodgeball lelaki dan campuran negara hanya selangkah untuk membawa pulang pingat emas pada Kejohanan Dodgeball Dunia 2022 di Kanada selepas menundukkan lawan masing-masing, awal pagi Sabtu.
Pada perlawanan di Pusat Sukan Komuniti Saville, Edmonton, skuad dodgeball lelaki beraksi cemerlang selepas menundukkan tuan rumah 8-3 sementara skuad campuran negara menewaskan Amerika Syarikat 5-4.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan skuad lelaki akan berdepan pasukan Australia sementara skuad campuran bertemu Kanada di pentas final awal jam pagi 5 Sept ini (waktu tempatan).
Dalam pada itu, hasrat skuad wanita negara untuk mengulangi pencapaian pingat perak pada edisi 2019 tidak kesampaian selepas tewas 3-8 kepada Kanada.
Keputusan itu menyaksikan mereka akan meneruskan saingan bertemu Australia bagi penentuan pingat gangsa.
Malaysia muncul juara kategori lelaki dan wanita pada edisi 2017 di Toronto, Kanada, diikuti pencapaian skuad lelaki mengulangi kejayaan sama pada edisi 2018 di Los Angeles sebelum kedua-dua pasukan masing-masing muncul naib juara pada edisi berikutnya di Cancun, Mexico, pada 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dodgeball
#pingat emas
#Kejohanan Dodgeball Dunia 2022
#Kanada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan