Skuad hoki lelaki negara menepati ramalan apabila berjaya mara ke final temasya Sukan SEA ke-27 selepas membenamkan Singapura 6-0 pada perlawanan pusingan awal di Stadium Hoki Theinphyu Rabu.
Walaupun masih berbaki satu lagi perlawanan menentang pasukan tuan rumah esok, pasukan negara sudah mengesahkan status sebagai juara peringkat sepusingan apabila mengekalkan rekod tanpa kalah.
Pada perlawanan ketiga, skuad negara menerima tentangan sengit daripada Singapura sebelum Dangerous Lee membuka jaringan pertama menerusi gol padang pada minit ke-19.
Kemudian, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil dan Lee menambah dua gol padang, masing-masing pada minit ke-24 dan ke-26 sebelum berakhir separuh masa pertama.
Babak kedua perlawanan pula menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi bertahan dan bertenaga sebelum Dedy Junaidi Jumaiti mengesahkan gol keempat buat negara menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-52.
Amir Farid Ahmad Fauzi memberi kedudukan selesa dengan gol kelima menerusi jaringan pukulan sudut penalti pada minit ke-63 kemudian Muhammad Ramdan Rosli menyempurnakan gol padang untuk mengesahkan kemenangan negara pada minit ke-70.
Lebih manis lagi, kemenangan ketiga berturut-turut ini juga merupakan hadiah buat penjaga gol negara Roslan Jamaluddin, 35, dan Norhizzat Sumantri, 22, yang menyambut ulang tahun kelahiran mereka hari ini.
Jurulatih Tai Beng Hai berkata beliau berbangga dengan skuad negara yang terus mengekalkan prestasi yang konsisten sepanjang perlawanan.
"Memang kita datang sini untuk meraih pingat emas, tetapi skuad perlu ingat kita masih berbaki satu perlawanan sebelum ke final, mereka perlu konsisten," katanya.
Beng Hai berkata skuad negara perlu menjaga standard dan kualiti prestasi hoki negara walaupun bermain dengan pasukan yang lemah.
Skuad negara mencatat kemenangan besar menewaskan Vietnam 13-0 pada perlawanan pertama kemudian mengulangi kejayaan yang sama dengan mengatasi Thailand.
Dalam pada itu, Thailand dan Singapura akan berentap esok untuk memburu tempat ke final.
Sebanyak lima negara menyertai acara hoki lelaki iaitu Malaysia, Thailand, Singapura, Myanmar dan Vietnam.
Selepas format sepusingan, dua pasukan teratas akan berentap untuk pingat emas manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat akan bertemu untuk penentuan pingat gangsa.
Bernama
Wed Dec 18 2013
Para pemain negara meraikan kejayaan selepas membenam Singapura 6-0 pada Sukan SEA ke-27. -- fotoBERNAMA
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza
Setiausaha Agung PBB, ulangi desakan supaya Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza
164 PAWE aktif di seluruh negara - Nancy
Sebanyak 164 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang aktif di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bahawa perbezaan pendapat atau khilaf dalam kalangan ulama boleh menjadi satu 'rahmat' dan membawa kebaikan sekiranya ia dikawal dan dijaga dengan baik
PM yakin kerajaan mampu laksana kenaikan gaji penjawat awam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa peningkatan gaji penjawat awam mulai Disember tahun ini mampu dilaksana menerusi kawalan pengurusan kewangan kerajaan
Onn Hafiz harap ramai anak Johor di perantauan pulang sumbang bakti
Pelbagai usaha sedang giat dijalankan pihak kerajaan negeri bagi menarik minat anak jati Johor di perantauan itu.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya dalam teknologi itu - PM
Jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers
Sarjit akan menyenarai pendek 18 pemain daripada 30 pemain untuk kejohanan jemputan di Ipoh dari 4-11 Mei.
Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers
Subahan berkata, Ahmad Najmi merupakan calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut.
Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok
Senarai itu akan dikecilkan dengan 18 pemain bakal disenarai bagi menyertai saingan Piala Sultan Azlan Shah pada 4 hingga 11 Mei depan.
Speedy Tigers uji kekuatan dengan New Zealand 1 Mei depan
Perlawanan persahabatan di Ipoh itu bagi menguji kekuatan Speedy Tigers yang 'berwajah' baharu sebelum beraksi di Piala Sultan Azlan Shah.
Arul harap Sarjit teruskan aspek sains sukan dalam skuad hoki negara
Banyak elemen sains sukan diperkenalkan bagi meningkatkan prestasi skuad negara dengan harapan ia mampu bersaing dengan pasukan terbaik dunia.
Wujudkan kembali divisyen satu, liga dua pusingan - Nor Saiful
Selain setiap pasukan boleh bermain dengan aksi timbal balik, penyertaan pasukan juga boleh dibahagikan mengikut standard ditetapkan.
Piala TNB: TNB hampiri gelaran 'treble'
Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, TNB berada pada kedudukan selesa selepas membelasah Kuala Lumpur City 17-1.
Jurulatih baharu Speedy Tigers diketahui hari ini
Pengumuman ketua jurulatih baharu dijangka diumumkan Subahan selepas mempengerusikan mesyuarat khas pertama persatuan itu pagi ini.
Dharmaraj antara empat calon disenarai pendek kemudi Speedy Tigers
Empat daripada 23 calon disenarai pendek itu akan melalui proses sesi temu duga oleh jawatankuasa badan induk sukan berkenaan minggu ini.
Hoki: Ketua jurulatih baharu Speedy Tigers akan dilantik secepat mungkin
Jawatan ketua jurulatih pasukan hoki kebangsaan akan diisi secepat mungkin dan dijangka sebelum bulan Ramadan.