awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Young Tigers tempah slot ke separuh akhir Piala Remaja Asia 2024

Bernama
Bernama
01/12/2024
22:30 MYT
Young Tigers tempah slot ke separuh akhir Piala Remaja Asia 2024
Young Tigers yang telah mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir dan tiket Piala Dunia Remaja tahun depan dijadualkan bertemu India pada Selasa ini untuk memburu slot ke final.
KUALA LUMPUR: Skuad remaja hoki negara menempah slot ke separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia 2024 selepas menamatkan aksi peringkat Kumpulan B sebagai naib juara di Muscat, Oman, tengah malam tadi.
Pada aksi terakhir peringkat kumpulan di Stadium Hoki Oman, skuad Young Tigers ditewaskan Pakistan 1-4.
Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan menampilkan aksi seimbang apabila terikat 1-1 selepas Pakistan terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ketiga menerusi Sufyan Khan.
Tersentak dengan jaringan itu, Young Tigers memperkemas serangan untuk menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Adam Ashraf Mohamad Johari pada minit ke-23.
Pakistan kemudian menambah duka skuad kendalian I. Vikneswaran dengan tiga lagi jaringan yang disudahkan oleh Sufyan pada minit ke-35 dan 58 serta satu lagi jaringan disempurnakan oleh Abdul Qayyum pada minit ke-51.
Young Tigers yang telah mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir dan tiket Piala Dunia Remaja tahun depan dijadualkan bertemu India pada Selasa ini untuk memburu slot ke final. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#hoki
#Piala Remaja Asia 2024
#Young Tigers
#Skuad remaja hoki negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan