awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad olahraga Para ASEAN sasar 40 pingat emas

Bernama
Bernama
05/09/2017
07:47 MYT
Skuad olahraga Para ASEAN sasar 40 pingat emas
Kem olahraga yang terdiri daripada 72 atlet sudah bersedia untuk membantu menyahut sasaran 103 pingat emas yang ditetapkan bagi kontinjen negara.
Skuad olahraga Paralimpik menyasarkan 40 pingat emas daripada 133 acara yang dipertandingkan pada Sukan Para ASEAN ke-9 yang membuka tirainya bermula 17 hingga 23 September ini.
Pengurus pasukan, Mohd Zarrawi Ravi Abdullah berkata kem olahraga yang terdiri daripada 72 atlet sudah bersedia untuk membantu menyahut sasaran 103 pingat emas yang ditetapkan bagi kontinjen negara.
Katanya, beliau mahu mengatasi pencapaian di Singapura yang mengumpul 27 pingat emas keseluruhannya, dua tahun lepas.
"Kali ini kita tampilkan 24 atlet muda yang pertama kali wakili negara. Mereka berada pada tahap terbaik dan persiapan untuk atlet muda kita sudah buat sejak dua tahun lalu.
"Saya harap dengan adanya atlet yang sudah berpengalaman dan atlet baru ia dapat menyumbang kepada pungutan pingat yang ditetapkan," katanya pada sidang media Kita Juara Para ASEAN, di sini hari ini.
Ketua jurulatih, R. Jaganathan berkata skuad olahraga sering diberikan tekanan meraih pingat emas namun beliau percaya tekanan tersebut akan memberi semangat kepada atlet-atlet paralimpik untuk mencapai sasaran.
"Temasya kali ini banyak acara digabungkan jadi kita banyak kehilangan pingat emas namun kita sudah mencari atlet untuk menampung balik pungutan pingat tersebut.
"Memang dari segi cabaran saya lihat banyak datang dari skuad Thailand... negara lain saya tidak pasti kerana mereka jarang hantar wakil ke kejohanan luar negara," katanya.
Katanya skuad Thailand dilihat mempamerkan peningkatan prestasi yang lebih baik berbanding pasukan negara lain.
Jaganathan berkata, beliau lebih mementingkan pingat emas berbanding perbaiki rekod bagi atlet senior namun mahu atlet muda mencipta rekod baharu.Beliau turut meletakkan sasaran tiga pingat emas untuk atlet paralimpik kebangsaan, Mohamad Ridzuan Puzi dalam acara 100m T36 (celebral palsy), 200m dan 400m.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Zarrawi Ravi Abdullah
#para asean
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan