awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad Para ASEAN negara disokong media sosial, bergambar dengan Beckham

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
07/12/2015
11:12 MYT
Skuad Para ASEAN negara disokong media sosial, bergambar dengan Beckham
Penyertaan para atlit tempatan dalam sukan yang bermula pada 3 Disember itu disokong oleh warga media sosial, terutamanya di Twitter, dengan menggunakan hashtag #KamiLuarBiasa. - Foto Twitter @MISIM_MY
PERSEMBAHAN cemerlang skuad negara dalam Sukan Para ASEAN kelapan yang kini berlangsung di Singapura telah mendapat perhatian para peminat sukan tempatan, khususnya di media sosial.
Penyertaan para atlit tempatan dalam sukan yang bermula pada 3 Disember itu disokong oleh warga media sosial, terutamanya di Twitter, dengan menggunakan hashtag #KamiLuarBiasa.
Hashtag yang mula dipopularkan oleh Tune Talk melalui kempen Malaysian Invasion Spirit In Motion (MISIM) itu telah mendapat sambutan warga Twitter sejak hari pertama Sukan Para ASEAN berlangsung.
The para-athletes may be different but they're not weaker. Support them like u do to other athletes. #KamiLuarBiasa pic.twitter.com/Vk8CBCgCRu
— Phoebe Shafinaz (@PhoebeShafinaz) December 1, 2015
Bermulalah perebutan pingat! All the best Malaysia! #KamiLuarBiasa https://t.co/tAwDjuorrJ
— Nizam. (@NizamArchibald) December 3, 2015
Kesungguhan atlit negara bukan sahaja menarik perhatian para peminat sukan malah bekas bintang bola sepak England dan Manchester United turut mengambil kesempatan untuk merakam foto bersama-sama mereka.
David Beckham requested for a picture with our remarkable athletes. #JustSaying #KamiLuarBiasa pic.twitter.com/zDdfwuOKSr
— MISIM_MY (@MISIM_MY) December 6, 2015
Sokongan terhadap skuad negara berterusan selepas pemulaan memberangsangkan dalam setiap kategori sukan yang disertai, terutama sekali olahraga yang setakat ini telah menyumbang lebih dari separuh kutipan pingat emas negara.
Macam mana diorang main sambil kawal kerusi roda....mantap ah...memang luar biasa.. #KamiLuarBiasa
— abe yo (@mukhlyys) December 7, 2015
How amazing and incredible our paraathletes are!! Don't give up and keep fighting! Malaysia boleh! #KamiLuarBiasa @MISIM_MY
— Queensfen (@fannySaidin) December 7, 2015
Kemeriahan hashtag #KamiLuarBiasa bukan sahaja disertai oleh masyarakat umum, malah ditwit semula oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan digunakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan.
@TeamMsia #KamiLuarBiasa 3 lagi pingat #EMAS melalui Muhd Ziyad Zolkefli, Mohd Saifuddin Ishak & Siti Nooriasah Mohd Arifffin #APG2015
— P Kamalanathan (@PKamalanathan) December 7, 2015
Sukan Para ASEAN kelapan berlangsung di Singapura dari 3 hingga 9 Disember.
Topic Berkaitan
##KamiLuarBiasa
#ASEAN
#Sukan Para ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan