awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad ragbi wanita Perlis sasar pingat gangsa Sukma

Bernama
Bernama
08/03/2022
03:21 MYT
Skuad ragbi wanita Perlis sasar pingat gangsa Sukma
Nazuridin Abd Latiff berkata walaupun pasukan itu baru berusia tiga tahun, namun anak didiknya telah menunjukan prestasi cemerlang. - Foto Facebook/Majlis Sukan Negeri Perlis
KANGAR: Skuad ragbi wanita Perlis optimis bagi meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Kuala Lumpur 2022 yang dijadualkan berlangsung pada pertengahan Ogos nanti.
Jurulatihnya Nazuridin Abd Latiff berkata walaupun pasukan itu baru berusia tiga tahun, namun anak didiknya telah menunjukan prestasi cemerlang apabila dinobatkan sebagai juara Kejohanan PraSukma di Johor pada 12 Feb.
"Kami mendapat sokongan yang amat baik dari Majlis Sukan Negeri (MSN) Perlis dan Persatuan Rugbi Perlis apabila mendapat bantuan dari segi pakaian, lokasi latihan dan peralatan yang diperlukan bagi persiapan menghadapi Sukma nanti.
"Sasaran kami adalah untuk mendapat pingat gangsa dan ia merupakan satu sasaran yang realistik berdasarkan pencapaian sebelum ini," katanya.
Katanya ini merupakan kali pertama pasukan ragbi wanita Perlis bersaing pada temasya berkenaan sejak pertama kali ia dipertandingkan sewaktu Sukma Perak 2018.
Nazuridin berkata antara pesaing rapat bagi skuad ragbi wanita Perlis adalah Kedah, Johor, Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, kapten pasukan Nur Atierah Mohd Sharin, 23, berkata beliau amat yakin dengan kemampuan rakan pasukannya yang bersemangat untuk meraih pingat dalam temasya Sukma 2022 kali ini.
Katanya segala persediaan bagi menghadapi pasukan lawan telah dilakukan dengan sebaik mungkin dan mengikut ketetapan pihak pengurusan.
"Harapan saya sebagai pemain, agar kami mampu meraih gelaran johan dan memberikan yang terbaik buat pasukan dengan kebolehan masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ragbi
#SUKMA
#pingat gangsa
#Nazuridin Abd Latiff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan