PHNOM PENH: Skuad sepak takraw negara terpaksa berhempas pulas sebelum mengesahkan tempat ke perlawanan akhir acara double lelaki pada Sukan SEA 2023 selepas menumpaskan Filipina 2-1 di sini pada Ahad.
Pada saingan separuh akhir yang berlangsung sengit di Dewan Bola Keranjang NSTC itu, gandingan Malaysia dibarisi Aidil Aiman Azwawi dan Muhammad Nor Aizat Mohd Nordin dengan Muhammad Hafizul Hayazi Adnan diletakkan sebagai simpanan, tewas 11-21 pada set pertama.
Kekalahan itu bagaimanapun tidak menjejaskan rentak permainan mereka apabila bangkit menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-17.
Pada set penentuan penuh mendebarkan, kedua-dua pasukan saling memungut mata sebelum anak buah Ahmad Jais Baharun itu menoktahkan kemenangan 21-19.
Kemaraan ke pentas final pada Isnin bakal menyaksikan pertemuan ulangan antara Malaysia dan Indonesia pada edisi di Hanoi, Vietnam tahun lepas dengan skuad negara terpaksa berpuas hati meraih perak apabila tewas 1-2.
Dalam satu lagi aksi separuh akhir pada Ahad, Indonesia mara ke final selepas menewaskan Myanmar 2-0.
Terdahulu, dalam aksi peringkat Kumpulan B, Malaysia menumpaskan tuan rumah, Kemboja 2-0 (21-14, 21-11), kalahkan Myanmar 2-0 (21-15, 21-12) dan mengatasi Singapura 2-0 (21-12, 21-13)
Sementara itu, Ahmad Jais mengakui skuad negara hilang fokus pada set pertama sebelum berjaya memperkemaskan permainan pada dua set berikutnya.
Katanya, mereka sudah menjangkakan bakal diberi tentangan sengit daripada pasukan Filipina yang merupakan antara empat pasukan terbaik dalam acara berkenaan pada edisi di Hanoi.
"Di set ketiga persaingan mata sengit. Tetapi kesilapan demi kesilapan dilakukan pada saat akhir permainan, itu yang mendebarkan. Alhamdulillah, pemain dapat memperbaiki kesilapan dan memenangi perlawanan ini.
"Saya harap pemain lebih fokus pada perlawanan akhir pada Isnin sebab secara peribadi, atas kertas permainan pasukan Indonesia konsisten sejak acara double berpasukan (sebelum ini) dan sekarang acara double. Saya melihat peluang pada perlawanan akhir esok 50-50," katanya.
Pada temasya kali ini, Malaysia tidak menyertai acara double berpasukan lelaki.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 14 2023
Pada set penentuan penuh mendebarkan, kedua-dua pasukan saling memungut mata sebelum anak buah Ahmad Jais Baharun itu menoktahkan kemenangan 21-19.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Sumali ketuai jawatankuasa khas pengiraan ranking dunia sepak takraw
Sumali dilantik mengetuai jawatankuasa khas dalam penentuan sistem pengiraan ranking dunia yang julung kalinya diperkenalkan pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024, Mei ini.
Piala Dunia 2024: ISTAF jamin mutu pengadilan terbaik
ISTAF mengenal pasti 20 hingga 30 pengadil bertauliah dari Malaysia untuk kejohanan yang menawarkan ranking dunia buat julung kalinya.
KBS salur lebih banyak bantuan, sokongan majukan sukan sepak takraw
Antaranya meliputi program pembangunan bakat baharu sukan sepak takraw yang merupakan asas bagi melahirkan lebih ramai bakat baharu.
Kemarau 39 tahun berakhir, Melaka akhirnya juara Piala Emas Khir Johari 2024
Melaka muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari 2024 selepas menewaskan Pulau Pinang 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini, hari ini.
Sepak Takraw: ISTAF terima cadangan PSM
Cadangan PSM itu diterima sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ISTAF yang berlangsung pada 8 Dis lepas.
PSM rancang perkenal Program Pembangunan Sepak Takraw Negara
NSDP akan tampil dengan pendekatan lebih menyeluruh dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) serta Kementerian Pendidikan (KPM).
Malaysia anjur Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Kejohanan itu yang kali terakhir dianjurkan Malaysia pada 2011, akan melibatkan penyertaan dari 20 negara.
Regu negara berdepan tugas getir pertahan emas
Skuad bimbingan Ahmad Jais Baharun itu yang merupakan juara bertahan akan membuat perhitungan menentang Thailand.
Sukan Asia: Regu negara mara ke separuh akhir selaku juara kumpulan
Skuad sepak takraw kebangsaan tidak berdepan masalah melangkah ke peringkat separuh akhir acara antara regu lelaki dengan bergaya pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022.
Thailand ujian sebenar Malaysia
Pasukan bimbingan Ahmad Jais Baharun tekad melakar kejutan ke atas musuh tradisi itu menerusi strategi ampuh yang dirangka bersama pemain.