awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad wanita negara dominasi separuh akhir Kejohanan Skuasy Individu Asia

Bernama
Bernama
19/06/2025
23:20 MYT
Skuad wanita negara dominasi separuh akhir Kejohanan Skuasy Individu Asia
Rachel Arnold ketika beraksi menentang Tong Tsz Wing semasa pusingan separuh akhir Kejohanan Individu Asia 2025 yang berlangsung di Pusat Skuasy Sarawak, Petra Jaya, Kuching, 19 Jun 2025. --fotoBERNAMA
KUCHING: Skuad wanita negara meneruskan dominasi dalam Kejohanan Skuasy Individu Asia ke-23 apabila tiga pemain melangkah ke separuh akhir pada pertandingan yang berlangsung di Pusat Skuasy Sarawak, Petra Jaya di sini.
Rachel Arnold mara selepas menewaskan pemain Hong Kong, Tong Tsz Wing 11-8, 11-8, 11-8 dalam suku akhir semalam.
Turut mencatatkan kemenangan bergaya Aifa Azman yang mengetepikan cabaran Lee Ka Yi juga dari Hong Kong 11-5, 11-7, 11-4.
Dengan keputusan itu, Rachel dan Aifa bakal berentap pada separuh akhir hari ini bagi merebut tempat di pentas akhir.
Seorang lagi wakil negara Yee Xin Ying turut menempah tiket ke separuh akhir selepas menundukkan rakan senegara Aira Azman 11-6, 12-10, 9-11, 11-8 dalam aksi empat set.
Xin Ying bakal berdepan Ho Tze Lok dari Hong Kong yang sebelum itu menyingkirkan seorang lagi pemain Malaysia Ainaa Amani dalam perlawanan sengit lima set, 11-4, 9-11, 7-11, 11-7, 11-5.
Sementara itu, dua wakil lelaki negara menamatkan kempen semaam selepas terkandas di suku akhir.
Joachim Chuah tewas kepada pemain India, Velavan Senthilkumar 7-11, 6-11, 6-11 manakala Ameeshenraj Chandaran akur dengan kehebatan pemain pilihan Qatar, Abdulla Al Tamimi yang menang 11-7, 11-9, 11-3.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skuasy
#Skuasy Individu Asia
#skuasy wanita
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan