awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan kes 1MDB manifestasi keadilan, bukan kemenangan politik - ABIM
Krisis politik Perlis: Tiada arahan SD, Bersatu hanya serah nama setelah dititah istana - Muhyiddin
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuasy dalam senarai Sukan Olimpik Los Angeles 2028

Sinar Harian
Sinar Harian
10/10/2023
04:32 MYT
Skuasy dalam senarai Sukan Olimpik Los Angeles 2028
Sukan Olimpik edisi 2028 bakal berlangsung di Los Angeles. - Foto Astro AWANI
TUAN rumah Sukan Olimpik Los Angeles 2028 bercadang menyenaraikan sukan kriket, flag football, lacrosse, skuasy dan besbol-sofbol pada temasya itu yang dijadualkan berlangsung lima tahu lagi.
Bagaimanapun, cadangan penganjur itu tertakluk kepada kelulusan akhir oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang akan mengadakan sesi di Mumbai, India penghujung bulan ini.
Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Los Angeles 2028 (LA28), Kathy Carter dalam satu kenyataan pada Isnin.
“Dalam membina program sukan Olimpik, kami bersedia untuk mencabar status quo dan berfikir secara berbeza mengenai perkara yang mungkin untuk Sukan di Los Angeles.
“Kami tampil dengan cadangan yang berani dan seimbang agar dapat memberi tenaga kepada temasya ini dengan persaingan yang relevan dari segi budaya serta sebarang kemungkinan tanpa had,” ujar Carter.
Los Angeles Times pula melaporkan cadangan memasukkan sukan tersebut pada temasya berkenaan mungkin dapat kelulusan.
Daripada lima sukan tersebut, tiga tidak pernah dipertandingkan dalam program Olimpik.
Sekiranya diluluskan sukan flag football, skuasy dan lacrosse akan membuat penampilan sulung pada temasya Olimpik. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Los Angeles 2028
#Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa
#Skuasy
#Kathy Carter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan