awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuasy: Sivasangari, Eain Yow ke suku akhir Klasik London

Bernama
Bernama
05/09/2025
02:10 MYT
Skuasy: Sivasangari, Eain Yow ke suku akhir Klasik London
Sivasangari (kiri) menewaskan Tomato Ho dari Hong Kong sementara Ng (kanan) menundukkan Abdulla Mohd Al-Tamimi dari Qatar. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Juara bertahan S Sivasangari menepati ramalan apabila melangkah ke suku akhir Kejohanan Skuasy Klasik London 2025 selepas mengetepikan Tomato Ho dari Hong Kong, pada Khamis.
Pemenang pingat emas Sukan Asia 2022 itu memerlukan 23 minit untuk menewaskan Ho 11-7, 12-10 pada perlawanan pusingan kedua kejohanan Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) berstatus emas di Alexandra Palace, London.
Pemain kelapan dunia itu dijadual berdepan wakil tuan rumah Jasmine Hutton di suku akhir.
Turut melangkah ke suku akhir pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow yang menundukkan Abdulla Mohd Al-Tamimi dari Qatar 8-11, 12-10, 11-9.
Pemain di ranking ke-12 dunia itu akan bertemu ranking kelima, Mohamed El Shorbagy dari England.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#S Sivasangari
#Ng Eain Yow
#Skuasy
#Klasik London 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan